penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Wednesday, October 22, 2014

Aidiladha 2014 ~ Part 2

Assalamualaikum.. 

Kalau raya pertama dah beraya sakan sampai ke Ampang sana, raya kedua kami beraya di surau Ar-Rahman saja. Surau ni adalah surau berdekatan rumah. Ini juga merupakan salah satu sebab kenapa kami tak balik beraya di kampung. Memang dah plan nak lakukan ibadah korban dan akikah untuk Qaireen dan Ammar di kampung (Langkawi). Tapi salah sendiri, lambat follow up ngan mak kt kampung, sudahnya quota untuk ibadah korban dah pun penuh. Maka masuk kat sini jelah.. mana-mana pun takpe janji buat kan. Yup, Qaireen dah 3 tahun baru nak buat akikah.. awal-awal dulu belum ada rezeki lebih.. skang ni alhamdulillah.. Allah murahkan rezeki, buat sekaligus dengan Ammar dan masuk korban untuk aku dan suami. Syukur semua berjalan lancar. Terlaksana sudah tanggungjawab ibu dan abah untuk akikahkan Qaireen dan Ammar. Moga rezeki lebih murah, tahun depan boleh join korban lagi.

Seawal pagi, en. somi dan ke surau untuk majlis tersebut.. anak-anak bangun sibuk nak gi tengok lembu. Padahal masa hari raya pertama tu dah dua kali bawa tengok lembu-lembu tu. SMS en. somi, tapi dia kata ngan bz melapah kat surau.. so, xde chance lah bebudak ni nak tengok lembu tu buat kali terakhir. Dalam kul 11 lebih, en. somi balik rumah... mandi2 kami pun ke surau. Aku memang teringin gak nak gi rewang kat surau tu. Tapi memandangkan Ammar masih kecik, jap2 nak menyusu pastu asyik nak ngempeng ngan ibu jer.. camne nak buat keje. En. somi kata takpelah, biar dia jer yang gi. Tengahari tu ada jamuan disurau bagi bahagian yang buat akikah diaorang masak untuk kenduri. Ada kari kambing, sup tulang, daging masak kicap. Aku makan nasi gitu-gitu jer coz sibuk kejar anak.. anak-anak jap lari sana, jap lari sini.. ngan Ammar lagi jap merangkak sana sini.. maka ibu makan pun cam tak makan jer.. takpelah merasa gak walau tak sempurna. 


Ni je yang mak jemah sempat snap.. kaum adam makan kat bawah khemah, kaum hawa makan kat ruang legar depan surau.. seronok gak berkumpul cenggini.. merapatkan ukhuwah sesama jiran. Bukan senang nak jumpa especially yang perempuan-perempuan ni. Bila ada aktiviti cam ni baru dapat beramah mesra dan tambah kawan.

Ok, tu je lah citer raya haji kami.. ^___^

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)