penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Wednesday, October 22, 2014

Meroti Lagi!!

Assalamualaikum..

Sejak ibu pandai buat roti ni, anak-anak selalu request "ibu, nak pizza", "ibu, nak roti bulat", "ibu, nak roti sosej".. wah main order je kan.. ahhaha... so, ibu pun kena lah wat stok tepung gandum dua tiga kilo kat umah, yis dua tiga peket, telur harus ada berpuluh biji.. bila anak-anak nak je, senang semua bahan dah ada.. tinggal nak buat jer. Rajin ngan idok jer.. selalunya paksa diri jadi rajin demi anak-anak. Kat rumah ni, tepung, gula, telur adalah bahan yang kena restok dua tiga kali sebulan. Jap je licin.. beli telur 30 biji sat jer settle.. sib baik abah tak komplen hehehhe... Jap buat kek, jap buat muffin, jap buat apam, jap buat roti, puding.. ibu korang ni xde keje lain dah.. asyik memerap kat dapur jelah. Cam nak request kitchen kabinet baru jer.. lagi semangat nak dok dapur hahahah.. melampau sangat aiihhhh!!!

Minggu lepas buat lagi la roti.. setengah kilo tepung. Resepi dah ada  kat SINI 
kot ada yang nak try buat kan. Jadi moh le kita tengok apa yang aku buat dengan setengah kilo tepung tu.

 mini pizza ni dapat dalam 6 pcs

 Large pizza.. en somi puji sedap.. roti dia lembut sangat katanya.. sekejapan licin. Tukang buat merasa satu slice jer.. huhu..


 Roti bulat tabur cheese ni pun sodap.. nampak jer cam cheese tu hangus, bila makan rangup dan lazat.. ni pun licin gak.. buat khas untuk Ammar, tapi melampau la kan Ammar nak habiskan semua.. besor bebenor perut dia.. dia makan dua biji jer.. tu pun kira banyak uollsss... 10 bulan habiskan dua biji..

 Gebu gebas roti cek..

Yang ni pun anak-anak suka.. pendek kata sume roti2 licin dimakan. Memang tak sia-sia buat.. hilang letih ibu menguli tepung. Berbaloi..

So, yang belum cuba, kenalah cuba. Memang puas hati bila kita buat sendiri untuk keluarga kita. Dijamin bersih dan halal.. dan pastinya lebih sedap coz ada ramuan yang orang lain tak dapat beri iaitu "kasih sayang". Itulah penyedapnya.. ;)

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)