penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Friday, October 3, 2014

Pizza oh Pizza..

Assalamualaikum.. 

Emm buat pizza lagi. Bila anak-anak suka makan, ibu kenalah rajin buat. Menguli la setengah kilo tepung dipetang hari demi anak-anak ku sayang. 

Ada yang nak resepi pizza/bun/roti sosej ni, boleh amik kat bawah yer.. to be honest, memang sedap dan lembut. Puas hati makan roti ari tu. Setengah kilo tepung dapat dua pizza, satu roti sosej dan roti pizza mini sosej.. dah buat nanti, pepandai korang la nak bentuk macamana.. best oo..

Pizza/bun/Roti Hotdog

Bahan:
- 500gm tepung gandum + sedikit garam
- 1/2 cawan gula
- 2 sudu besar susu pekat
- 2 sudu butter
- 300ml air suam
- yis sebungkus (11gm)
- 1 biji telur

Cara:
- Satukan telur, susu pekat, yis, gula dan air suam. Kacau sampai gula hancur dan biarkan yis berbuih.
- Bila dah berbuih masukkan yis ke dalam bahan kering (tepung dan sedikit garam tadi)
- Uli sampai tidak melekat pada jari dan masukkan butter.
- Uli lagi sampai kental
- Biarkan satu setengah jam hingga naik dua kali ganda
- lepas tu, boleh bentuk ikut suka hati nak buat bun ke, nak buat roti sosej ke, nak buat pizza ke.. setelah dibentuk, biarkan setengah jam sebelum bakar bag dia naik. 

Saya buat sos pizza segera jer.. beli sos spagetti cendawan Kimball, sapukan kat atas doh pizza. tabur cheese mozarella/cheddar. Letak topping yang disukai, letak mayonis dan sos cili sket.. tabur cheese lagi..boleh la bakar pada suhu 170 celcius. Masak hingga dah nampak kekuningan. bukan kehitaman ya!!

 haaa naik tak doh aiii setimbun uools

tedia... ni mak pak punya, spicy.

ni anak2 punya.. tak pedas. Aku canai tak nipis sangat, so bila masak memang gebus gebas pizza ku.. korang nak buat, canai kasi nipis sket yer.



tapi rotinya memang lembut dan sedap lah. Tak caya, korang kena buat sendiri dan rasakan keenakannya.. good luck, selamat mencuba :)

 My satisfied customer heehehhe...

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)