penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Wednesday, October 22, 2014

Simulasi Si Kecil Cerdik Haji

Assalamualaikum.. 

Tanggal 2 Oktober yang lalu (nampak nau entry peram.. huhu) Qaleesya join program Simulasi Si Kecil Cerdik Haji yang berlangsung di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Aku memang suka kasi Qaleesya join program anjuran skolah ni. Saja nak bagi pendedahan pada dia dan bina keyakinan diri. Dan program ni sangat lah bermanfaat. Qaleesya pun sangat happy join program ni.. balik dok ulang "Labbaikallah hummalabbaik.." sampai habis. Qaireen pun dah terikut-ikut sama. Kan bagus tu. 

Yang join program harus berada di skolah selewat-lewatnya pukul 8 pagi. Bas akan bertolak ke Masjid Negeri pada pukul 8.30 pagi. Pagi tu memang kasi Qaleesya sarapan siap-siap kat rumah. Takut gak dia pengsan ke apa maklum la tengah-tengah panas. Cikgu ada gak cakap ibu bapa boleh pergi kalau nak tengok. Tapi memandangkan aku nak kena usung yang dua orang lagi ni.. agak leceh sket kalau Ammar nak susu ke apa.. sian pulak diaorang berpanas terik kt situ. 

Murid perempuan harus pakai macam ni, yang lelaki kena pakai pakaian ihram siap2. Alahai comel anak ibu pakai telekung cenggini.. sejuk perut ibu tgk.. 


Berkumpul dan beratur nak naik bas di sekolah.. alahai kecik jer anak dara ku dihujung sana.. hehhe

teruja naik bas.. dia kata "Qaleesya gi haji cam tokwan dan atok tau ibu, tapi Qaleesya tak naik aeroplane pun.." hahhaha..

Dah sampai ke masjid negeri..




 Kutip batu nak melontar di Jamrah


 Tawaf.. aku tepek gambar ni tak mengikut susunan.. ni pun letih nak choose mana nak letak.. banyak giler gambar yang aku save dari FB tadika.






TV3 siarkan dalam Malaysia Hari Ini pada pagi raya tu.. tersengih2 Qaleesya muka dia masuk tv.. curlasss.. ibu pun tak pernah masuk tv tau hahahha.. 

 Ni muka masa gi amik dia kt skolah tengahari tu.. muka letih tapi gembira. Masuk keta jer terus citer itu ini ngan ibu.. Qaleesya happy, ibu abah lagilah happy.. :) Mak Hajjah Puteri Qaleesya Humaira.. insyaAllah.. ibu doakan satu hari nanti kita sekeluarga dapat betul-betul ke Tanah Suci Mekah tunaikan haji. Ni pendedahan awal untuk Qaleesya.



 Siap ada passport lagi, jangan main2..

 Alhamdulillah.. complete semua.

Boarding pass dan rambut tahallul pertama Qaleesya.. memang ada rambut sket dalam plastik tu.. Ibu buat entry ni supaya bila Qaleesya besar, boleh tengok apa aktiviti Qaleesya masa kecik.. precious moment ni.. Doa moga Allah murah rezeki, kita ke Makkah tunaikan haji yer sayang... amin..

2 comments:

  1. Replies
    1. Salam Ummi Hanifah.. anak tadika mana? Bagus kan program macam ni, pendedahan yang bagus untuk anak-anak kita. :)

      Delete

Feel free to drop your comment k.. tq =)