penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Wednesday, November 26, 2014

6 tahun sudaaa.. Terima Kasih Allah..


Alhamdulilah.. syukur..syukur Ya Allah.. 21 November 2008 - 21 November 2014, genaplah 6 tahun kami melayari bahtera rumahtangga. He is my soulmate, my best fren, my roommate, father to my kids.. terima kasih Allah Kau ciptakan dia untukku..

 Sebelum tarikh wedding anniversary ni memang aku dah plan dalam kepala otak yang aku nak buat kek special, nak masak dinner special gitu.. tapi kita merancang, Allah tentukan. On the day itself aku terus lupa.. serius lupa langsung! Pepagi aku dah kuar ngan en hubby.. hantar dia gi keje, aku gi Shaklee ngan Ammar dan Qaireen. Sekali Shaklee tutup plak coz staff sume gi training kat Sarawak. So balik tu aku singgah Tesco beli barang untuk buat Macaroni Gratin yang my bff tempah. Aku dah gi Tesco kot.. kalau tak, dah boleh beli barang nak wat surprise dinner kan.. so, balik dari Tesco, amik Qaleesya kat skolah. Sampai rumah aku cuci keta yang dah macam hape tu..Penat weii cuci keta.. masuk, masak makanan kat anak2 plk.. Petang tu, ngan selamba gi amik en. hubby balik keje. On the way balik, tersebut pasal tarikh ari tu kot.. terus aku menjerit "No! today is our 6th anniversary!" Terkejut laki aku ngah drive hahahah.. apa punya bini la tak ingat.. laki aku tu dah memang tak ingat coz dia bukan jenis romantik cam aku.. huhuhu.. Terus wish le le tu. kul 6 kot baru ko ingat Liza! Cet!

Balik umah, terus menggugel tempat makan mana nak celebrate 6th anniversary kan.. gigih bebenor. Last2 gi Captain Steamboat and Grill kat Meru.. no candle light dinner.. reason gi situ..
1) kami peminat steamboat and grill
2) hubby suka makan kambing grill
3) aku suka makan daging, udang, sotong grill
4) situ je tempat kami leh makan ngan aman coz kat situ ada playground so anak2 memang happy main kt situ sampai lupa makan.. mak bapak boleh makan, makan, makan, sambil sesekali panggil anak makan dan bagi minum.. hahahah..
5) Situ boleh makan sampai lebam dengan harga yang sangat reasonable. Kalau korang nak try google Captain Steamboat and Grill Meru yer.. TERBAIK!





Nyum..nyum.. sedap oooo... 

By the way, to my hubby. Thanks for everything.. moga hubungan kita kekal hingga ke jannah.  Moga perkahwinan ini sentiasa berada dibawah rahmat Allah.. amin.. amin.. amin. 



Happy 6th Anniversary dear hubby...

Sunday, November 23, 2014

Temasya Sukan dan Graduasi Tadika Seri Permata BBR

Assalamualaikum..

Semalam, 22 November 2014 telah berlangsungnya Temasya Sukan dan Graduasi tadika Qaleesya. Qaleesya lum grad lagi coz dia baru 5 tahun.. insyaAllah.. takde aral dia akan sambung skolah kt sini lagi untuk next year.  Dalam kul 8.45pagi kami sampai ke sekolah, dari rumah ke sekolah dalam 10 minit jer.. dekat sesangat. Ramai gak dah parents yang datang. Qaleesya pun yang pada mulanya liat nak bangun pagi coz hari cuti kan.. siap drama tangisan bagai.. tengok jer kengkawan, tak menyempat nak kuar keta. Hai la anak...

Sementara Qaleesya bersiap-siap, kami ibu bapa ni makan ler dulu.. katanya tak sempat pun nak breakfast kt rumah sebelum keluar. Ada nasi lemak super pedas tapi sedap, kuih seri ayu, muffin aku buat tu, ketayap, donut, karipap, cream puff.. kuih muih ni semua sumbangan para ibu bapa yang datang. Alhamdulillah.. rezeki. Si Qaleesya sempat gak aku bagi minum air dan suap muffin sket.. langsung tak makan kang, pengsan pulak anak dara ku itu. Majlis bermula dalam kul 9.30 pagi.. bacaan doa, perasmian dari Pengerusi Kawasan Ellis, acara perbarisan, nyanyian lagu Negaraku dan lagu negeri Selangor yang aku dok Selangor berbelas tahun pun tak hafal huhu... 

 Ada empat pasukan, rumah biru, merah, hijau dan kuning. Qaleesya mewakili rumah Merah. Tengok la anak daraku ini..suka bebenor dia. Dia ni satu hal, kalau masuk apapun, nak ibu abah bagi support, lambai2 sume.. lagi la dia bersemangat. Salah satu cara nak tingkatkan confident level dia. Bagi jer masuk banyak2 acara.. so far dia memang suka.



Tengok.. asyik tersengih jer.. happy bebenor dia. 


 Beratur untuk perbarisan





Selepas acara perbarisan, ada acara sorakan dari setiap kumpulan. 

 Tengah bersedia.. penat praktis kat umah ni. Masalahnya dia bukan jer praktis lagu sorakan rumah merah jer.. lagu sorakan semua rumah dia hafal..Kesan makan OmegaGuard kot ni.. sel-sel otak sangat berhubung hahhaha..



Selesai acara sorakan, disambung pulak dengan acara senamrobik.. amboi best tengok budak-budak ni bergelek. Diaraong memang enjoy sakan la..termasuklah Qaleesya.






Kemudian, ada acara sukaneka. Memang kelakar tengok bebudak ni bersukan. Macam-macam gaya, macam-macam peel.  Sabar jelah cikgu-cikgu melayan. Parents pun semua sporting bagi sokongan moral.




Antara yang sempat aku snap dari bawah khemah..

 en hubby melayan qaireen

Ammar yang baru bangun dari tido.. panas berpeluh dia

 Beratur terima hadiah.. hadiah saguhati je pun tapi tak kisahlah.. janji enjoy..


 Happy dapat hadiah



 
Alhamdulillah.. selesai majlis.  Ibu tumpang seronok tengok Qaleesya enjoy hari tu... InsyaAllah next year kita skolah sini lagi yer. . Acara berakhir kul 12.30 hari.. panas terik dah time tu.. semua pun dah penat.. Terima kasih cikgu-cikgu yang sabar melatih anak-anak kami. Cuti sekolah pun bermula.. yeay!!!



Choc Chip Muffin

Assalamualaikum...

Semalam, dah lewat juga baru terhegeh-hegeh buat muffin untuk dibawa ke acara Temasya Sukan dan Graduasi sekolah Qaleesya.. Pihak sekolah memang ada sediakan makan-makan.. tapi kalau ibu bapa nak bawa, kecik tapak tangan padang bola tampar tu sekolah tadahkan.. so, aku pun baking la muffin satu adunan.. kul 1.30 pagi baru siap tau.. letih Tuhan jer yang tau.. tapi puas hati coz muffin ku licin semuanya.. alhamdulillah...



Sib baik ada balance stok kotak ni, so sesuai sangat ler letak muffin-muffin tu. Sedap muffin ni coz dia lembap2 sket, chewy ngan coklat chip didalamnya dan taburan coklat chip lagi sebagai hiasan serta rasa badam cincang tu.. hmm aku sempat rasa satu jer pagi tadi. 

Kalau ada yang nak order, bolehlah whatsapp/sms/call aku yer at 013-2986822. Sesuai sangat untuk doorgift majlis kahwin, untuk sebarang jamuan hari jadi, makan-makan dirumah bersama sanak saudara dan kawan2. Satu Set RM25/24pcs. Order melebihi dua set akan mendapat diskaun!!! Order in advance yer.. advisable sehari or dua hari sebelum pick up. Oh ya, area Bandar Bukit Raja free delivery.. other area boleh pick up sendiri. Nak deliver pun boleh, tapi ada additional cost ler. 

Thanks for reading!! :)

Marble Kek dari Che Mat Gebu

Assalamualaikum..

Akhir-akhir ni memang dah jarang buat kek yang extravaganza.. dedulu rajin ler buat Red Velvet, Russian Black and White Kek..bla bla bla.. skang ni aku cari resepi kek pantas-pantas jer buat kudapan anak-anak.  Kek yang extravaganza ni take time nak sediakan.. dah buat kek satu hal, nak buat topping, cream, choc ganache lagi.. penat sebab baru 50 percent siap, Ammar akan start mengaruk. anak bujang ai memang manja..nak berkepit ngan ibu dia jer.. selagi aku tak dukung selagi tu lah dia akan melalak.. peluk kaki tak pun buat acara merangkak-merangkak then sembam muka kedepan.. guling-guling.. haaa hindustan sangat uolls..

Khamis lepas buat le kek marble resepi dari SINI . Kebetulan pulak butter habis, so aku letak jer marjerin.. eh menjadi uolls.. sedap gak. Yang pastinya habis tak sampai sehari hahahha.. So, korang boleh la try, klik kat link tu ye untuk resepinya coz aku malas nak taip. Blog Che Mat Gebu ni memang fofular dengan pelbagai resepi masakan, kek dan kuih muih.. memang tak rugi follow. Boleh jadi inspirasi bila ko tak tau nak masak apa untuk family.. 


Serius sedap uolls.. len kali bolehla iolls buat lagi (^___^)


Wednesday, November 19, 2014

Sepetang di Perpustakaan Raja Tun Uda

Assalamualaikum..

Asyik-asyik bawa anak jenjalan shopping complex jer, sekali sekala ubahlah ke tempat ilmu pulak. So, decided bawa anak-anak ke Perpustakaan Raja Tun Uda kat Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah ni. Perpustakaan baru, environment keliling pun menenangkan.. Ini kali kedua Qaleesya datang ke sini. Kali pertama dia pi ngan rombongan sekolah. But dia seperti biasa tetap excited. Masuk jer pintu Kelab Golf dia dah start cerita yang dia pernah datang sini naik bas hahahha.. 

Memang sonok anak-anak datang sini. Selain dari dapat ramai kawan, diaorang excited pilih buku.. si Ammar pun bukan main suka merangkak kesana kemari. Aku pulak yang risau coz ramai bebudak berlari sana sini, takut terpijak or terlanggar dia. 


 Port paling best lepak adalah kat pokok besar ni. Bukan pokok betul pun.. but replika ni menarik perhatian anak-anak. Upss kakak Qaleesya agak seksi disitu.. huhu..

 Ammar bebas merangkak kesana kemari, panjat kerusi, meja.. ibu dalam posisi berjaga-jaga saje..

kakak sonok pilih buku.. terlampau banyak sampai dia dah rambang mata nak pilih mana satu. Tapi, baca nyer tak lama mana.. main jer lebih lepas tu. Takpe, budak-budak lagikan.. namapun diaorang belajar sambil main. Kita dulu lagi teruk.. huhu.. lenkali ibu abah bawa lagi ke sini yer.. :) jelajah library ni tak habis lagi.

Korang pun bawalah anak-anak kesini.. diaorang pasti happy.. (^__^)

Karipap untuk Anak-anak

Assalamualaikum.. 

Aku ni bukanlah reti sangat buat karipap. Tapi benda yang ibu tak berapa reti tulah yang anak-anak request nak makan. Untung skang ada pakcik google.. google jer resepi, berlambak-lambak kuar. Haa ko pilihlah nak buat karipap version apa. Rajin ngan tak jer. So, berbekalkan semangat waja, jadilah projek karipap hari Ahad malam aritu.  Macam aku cakap, kalau aku nak buat tak kisah kul 9 ke 10 malam, aku redah jer.. So, proses membuat karipap pun berlangsung.. kul 12 malam masih dok kelim karipap lagi. Anak-anak dan suami pun tak tido menunggu aku buat karipap. ahhahah.. baru siap sepuluh biji, anak-anak dah request nak makan. Ok, ibu memang tak sampai hati kalau anak beria nak makan ni. Gorenglah 5 ketul. Haa makanlah korang.. 



 Haa bersungguh makan tu.. supper karipap heheheh..


 Otai-otai karipap sila jangan gelak ok.. cek baru belajar.. rupa ada kureng, tapi rasa alhamdulillah sedap. Dapat 25 biji karipap..licin dalam masa satu hari. Kenkonon nak frozen kan, emmm takdenya. Tapi memang kulit karipap ni rangup.. resepi tak ingat dapat kt mana.. cek dah lupa apa nama blognya. Minta halalkan la tuan blog.. korang kalau nak buat, google jer.. berpuluh resepi karipap kuar, pilih mana nak ok.. yang penting rajin... (^__^)

Ubah Susun Atur Bilik Anak-anak

Assalamualaikum.. 

Aku ni kalau dok umah memang tak reti dok diam. Kalau aku rasa nak buat, aku akan buat tak kiralah malam ke siang. Cam ari tu, dah bosan tengok susun atur bilik anak-anak. Kul 9 malam aku ubah. Alih katil, alih almari, tukar susunan sana sini.. vakum, sapu.. mood rajin tetiba datang. hahah.. 

Kalau sebelum ni bilik anak-anak Macam Ni 
tapi skang dah berubah wajah kepada
*
*
*
*



Bilik ni sempit jer.. takdelah besar mana pun. Boleh letak katil single jer.. bebudak dua orang tu memang nak tido berdua kt katil single ni. ada katil queen kt bilik lagi satu yg ibu khaskan untuk diaorang, tak nak pulak tido.. so, aku nyer keje sat ubah kedudukan ikut sini, sat ubah ikut sana.. tambah sikit deco-deco kat dinding kasi ceria. Bebudak ni happylah.. tak habis-habis peluk ibu ucap tima kasih. At least diaorang excited sket nak tido bilik sendiri. So skang ni memang asyik main kat bilik jelah.. Nanti ibu cari karpet cun letak kat lantai bilik yer..

Almari gedabak yang dah xde pintu tu aku pindah ke bilik sebelah. Tempat sangkut bajunya dah tak kuat. Fikir nak buang jer, tapi kat sini manalah aku nak humbankan almari seketul  camtu. Nak tak nak, kena pecahkan satu-satu baru gi buang kat tong sampah besar nun. Buat sementara letak jelah kat bilik tamu.. nanti aku hias sket-sket at least tetamu yang datang tido sini leh gak sangkut baju dan letak belonging diorang kt almari tu.

Ok, tu jer nak citer.. tips nya.. kalau tak dapat dapat tukar perabot, tukar jer kedudukan perabot dan hias apa yang patut.. anak tak boring malah lagi suka.. heheheh...

*Bersyukur dengan apa yang ada.. at least ada rumah tempat berteduh walaupun kecil.. syukur Ya Allah.