penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Tuesday, November 4, 2014

Blueberry Cheesetart

Assalamualaikum..

Aku ni memang suka makan benda yang bercheese tau. Skang ni tengah addicted makan Cheese Tart. And my habit, kalau nak makan aku akan lebih suka buat sendiri dari order.  Lebih jimat. Bukanlah kata nak kedekut bab makan, cuma kalau kita boleh buat sendiri buat per nak order kan. Nak bagi makan family, lebih afdal buat sendiri coz dalam tu ada secret ingredient "kasih sayang" yang takde dalam kek mahupun cheese tart buatan orang lain. Aku perasaan, bila banyak makanan yang anak-anak suka aku buat sendiri, diaorang akan ingat sampai bila-bila dan minta lagi dan lagi. Padahal ibu buat takde lah sesedap mana.. contoh macam kek, kek kat SR tu lagi sedap berganda dari aku buat. Tapi anak-anak lebih suka kek yang aku buat coz kat SR xde secret ingredient tadi tu.. ngeee... :)

Ni Cheese Tart yang aku buat masa raya haji ari tu yang mendapat sambutan hangat hingga orang tanya berniaga ke? Wahhh suka makcik! tak taulah naper bila snap nampak kuning lak cheese tu padahal kat luar xdelah kuning pun. Fillingnya tak masuk butter.. just creamcheese, gula, telur.. Dap dap..

Ni pulak buat tiga empat hari lepas.. crust dia dari resepi yang sama coz mmg sedap. filling aku tukar sket, aku tambah butter.. so sedap gak.. tapi hubby kata dia lebih suka yang filling xde butter tu. Anak-anak? Diaorang bedal semua.. cuma Qaleesya nampaknya lebih suka filling yang ada butter ni.  Memang puas ati makan.. letak dalam peti sejuk lagi best. Sampai dah habis pun anak-anak minta buatkan lagi. InsyaAllah, ada masa nanti ibu buat lagi yer. Nak buat filling tu jap jer, nak buat crust dia tu yang amik masa.. by the way, resepinya aku amik dari blog KAK ITA MASAM MANIS. Memang senang sangat.. ada step by step lagi. So, kat sini aku tepek resepi jer, korang nak tengok just click kat link blog kak ita tu yer.. 

Blueberry Cheese Tart

By: Azlita Masam Manis


Crust:

 - 170gm mentega
- 50gm gula icing
- 1 biji telur gred C
- 290gm tepung gandum
- 1 sudu kecil esen vanilla
- acuan tart

Cara:

- pukul butter dan gula guna senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
- masukkan telur dan esen vanila, kita putar lagi. 
- Masukkan tepung sikit demi sedikit hingga doh lembut dan boleh dibentuk. Jangan sampai keras kedekung plak. Aku guna tepung tu tak habis pun untuk dapatan doh yang lembut dan mudah dibentuk.
*nak dapatkan doh yang elok, letak dalam beg plastik dan masukkan dalam peti ais semalaman.
 - amik sedikit adunan dan tekankan dalam acuan tart.
- cucuk dengan garfu sebelum dibakar pada suhu 170 darjah celcius semalam 20 - 25 minit. 
- tunggu crust betul-betul sejuk baru letak filling. Kalau rajin boleh buat crust ni awal dan simpan dalam bekas kedap udara letak jer dalam peti ais untuk ketahanannya. 

Filling:

 Boleh letak filling yang suka la.. tapi aku lebih minat blueberry berbanding kiwi, strawberry mahupun oren. 
- Masukkan filling blueberry dalam piping bag dan picit jer ke dalam crust. Then prepare cheese pulak.

Cheese:

- 250gm cream cheese
- 50gm gula kastor/gula halus
- 1 biji telur saiz B
- 1/2 sudu teh esen vanila

Cara:

- Putar cream cheese dengan gula hingga berkrim
-  Masukkan telur dan esen vanila, putar lagi.
- Then masukkan filing dalam crust tadi. Guna kaedah sama, masukkan dalam piping bag dan picit.
- amik sedikit cheese tadi, letakkan pewarna biru. Guna lidi pencungkil gigi (yang baru ok) celup dan lorekkan kat filling cream cheese tadi dan bentuklah bunga cam kt gambar aku tu. Nak tau cara nak lorekkan bunga tu korang terjah blog Kak Ita yer.. 
- Siap, bakar balik dalam 5 minit. Bila touch permukaan cheese tu tak melekat kt jari, tu tanda dah masak. Jangan biar lama nanti merekah pulak. Dah tak cantik.

Ok, dah tau resepi, lepas ni boleh la buat untuk family korang.. kalau rasa malas, nak order ngan aku boleh gak.. 

Harganya:  RM35/50 pcs
Free Delivery area Bandar Bukit Raja dan Setia Alam. Other area self pick up or delivery charge will be imposed. 
SMS/WA 013-2986822 (Liza)
*Sila tempah dua hari sebelum korang nak pickup yer.. TQ





No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)