penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Tuesday, November 4, 2014

Cabaran Ajar Anak Tidur Bilik Sendiri

Assalamualaikum..

Pergh panjang tajuknya...

Bilik ni suppose to be bilik tido Ammar.. dulu masa baru pindah umah ni, cat bilik ni color biru maknanya untuk anak lelaki. But that time takde anak lelaki dan Qaleesya Qaireen still tido ngan kami. So bilik ni jadi bilik mainan lah. But now, Qaleesya Qaireen nak tido bilik ni coz dalam bilik ni boleh diaorang main skali.. katil single kan? diaorang muat tido berdua.. suh diaorang tido bilik diaorang yg ada katil queen..selesa sket. Tak nak pulak..

Mencabar sungguh nak bagi dioarang tido.. sebelum nak tido tu, akan ada beberapa sesi kuar masuk bilik kami. Jap-jap kang Qaleesya masuk, ngadu adik tido tempat dia, kang Qaireen plk masuk ckp kakak kacau dia, dah pujuk2, masuk balik bilik diaorang.. pastu dengar nangis plk.. huhu.. kiranya sementara diaorang nak tido tu memang akan ada sesi ulang alik masuk kuar bilik la kekdahnya.. sabor jelah anak oiiii..

Tapi ibu bangga.. sebab kenkadang memang diaorang boleh tido bilik ni sampai ke pagi. Skang ni jer, kerap tido bilik ibu coz cuaca panas. Bilik ni ada kipas jer.. lum mampu nak pasang aircond tiap bilik. Bilik ibu ada aircond, so bak kata Qaleesya "emm selesanya tido bilik ibu" sebab sejuk kan.. hahahha.. tak boleh selalu ok. Kena belajar tido bilik sendiri.. awak dah makin besar. 

Sementara tu, ibu abah kena bersabarlah nak didik korang tido bilik sendiri.. insyaAllah ada rezeki lebih nanti kita pasang aircond tiap bilik ye anak-anak.. doakan Allah murahkan rezeki kita.. amin..

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)