penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Wednesday, November 19, 2014

Karipap untuk Anak-anak

Assalamualaikum.. 

Aku ni bukanlah reti sangat buat karipap. Tapi benda yang ibu tak berapa reti tulah yang anak-anak request nak makan. Untung skang ada pakcik google.. google jer resepi, berlambak-lambak kuar. Haa ko pilihlah nak buat karipap version apa. Rajin ngan tak jer. So, berbekalkan semangat waja, jadilah projek karipap hari Ahad malam aritu.  Macam aku cakap, kalau aku nak buat tak kisah kul 9 ke 10 malam, aku redah jer.. So, proses membuat karipap pun berlangsung.. kul 12 malam masih dok kelim karipap lagi. Anak-anak dan suami pun tak tido menunggu aku buat karipap. ahhahah.. baru siap sepuluh biji, anak-anak dah request nak makan. Ok, ibu memang tak sampai hati kalau anak beria nak makan ni. Gorenglah 5 ketul. Haa makanlah korang.. 



 Haa bersungguh makan tu.. supper karipap heheheh..


 Otai-otai karipap sila jangan gelak ok.. cek baru belajar.. rupa ada kureng, tapi rasa alhamdulillah sedap. Dapat 25 biji karipap..licin dalam masa satu hari. Kenkonon nak frozen kan, emmm takdenya. Tapi memang kulit karipap ni rangup.. resepi tak ingat dapat kt mana.. cek dah lupa apa nama blognya. Minta halalkan la tuan blog.. korang kalau nak buat, google jer.. berpuluh resepi karipap kuar, pilih mana nak ok.. yang penting rajin... (^__^)

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)