penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Tuesday, November 4, 2014

Operasi Bersih Laman

Assalamualaikum.. 

Skang ni musim hujan tak menentu, maka rumput dilaman sekangkang kera depan rumah tu mulalah naik hutan. Kenkadang bukan tak boleh nak panggil baiya potong rumput tu, suh jer dia potong jimat tenaga aku. Baiya tu pun rajin ting tong loceng depan rumah aku tanya nak potong rumput ke tak. Sekali potong RM20. Tapi kenkadang lebih baik buat aktiviti gotong royong anak beranak.. dalam masa yang sama leh ajar anak-anak tolong ibu diaorang ni, esok besar xdelah jadi orang malas! Selain tu, buat keje bersama ni boleh create bonding antara ibu dan anak.. pada aku la.. kalau korang tak setuju, terpulang. So, ada satu hari tu, aku tak ingat dah ari apa kami bergotong royong bersihkan laman. Aku tukang potong rumput dan cabut rumput kat laman.. anak-anak tukang sapu. Suka bebenorlah diaorang bab menyapu ni..

 Rajinkan anak-anak dara saya? Hehehe.. berebut-berebut nak sapu sampah.

Laman ku yang comel.. lega tengok semak samun dah xde.. best gak kuarkan peluh camni. Cam sayang nak buang rumput ni dan semen semua.. at least walau sikit jer kawasan berumput ni, anak-anak boleh gak main pijak rumput tanpa was-was taik anjing ke kucing kt rumput tu. Terjamin bersih... 

Ok bai..

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)