penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Wednesday, November 19, 2014

Roti lagi untuk Minum Petang

Assalamualaikum..

Semenjak dah pandai buat roti sendiri, ni jelah keje aku.. selang tiga empat hari buat roti.. memang kena simpan stok tepung, telur, yis banyak-banyak kat rumah. Jumaat lepas anak-anak dah dok minta ibu buat roti.. aku kalau anak-anak dok minta ni tak sampai ati, penat letih lelah pun, kuatkan semangat buat juga.. So, lepas masak tengahari, terus uli doh untuk buat roti. At least petang tu boleh la diaorang makan untuk minum petang. Alhamdulillah.. menggunakan buat roti guna Resepi Ni 
memang tak menghampakan. Gebu gebas dan sedap jer rotinya.. Bahan untuk hiasan plak kurang kat rumah, lum gi kedai top up stok apa yang patut. So, belasah jer apa yang ada. Janji sodap!



 Inilah hasilnya.. memang lembut dan sedap. Butter kat rumah habis, so aku gantikan ngan shortening.. apa ada hal.. kita yang buat dia. Pergh.. jadi lembut dan sedap juga. Kena lah improvise kan.. ahhahah.. dimana ada usaha, disitu ada kejayaan. Cewahhh!

Licin ye semua roti-roti tu.. anak suka sangat. En. Somi pun suka. So, memang berbaloila ibu buat. Time anak tengah membesar ni memang sonok buat macam-macam makanan.. diorang enjoy makan hasil air tangan ibu dan yang penting diaorang ingat kesedapan tu sampai bila-bila. Buktinya diaorang akan request suruh buat lagi dan lagi.. Ammar pun enjoy makan roti. Terima kasih Allah atas segala ilmu yang kau berikan ini..

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)