penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Tuesday, November 4, 2014

Safety Gate!

Assalamualaikum..

Hmm dulu masa preggy kan Ammar ada kengkawan dah warning "ohh lum pernah dapat baby boy yer? Haa dah dapat nanti tau lah camne lasaknya.." So aku cam tak dapat bayangkan camne "lasak" baby boy itu coz aku cuma ada dua orang anak perempuan masa tu. So, aku assume.. alah.. dua orang anak pempuan leh handle.. apalah sangat ngan sorang anak lelaki kan.. 

Then bila dapat Ammar dan semenjak dia dah 10 bulan ni, dah pandai merangkak.. meniti nak jalan.. memanjat.. baru aku cam.. ahhhh OMG.. ini memang lasak! Kalau kakak-kakak dia dulu still boleh handle "kelasakan" diaorang.. maybe anak perempuan, lasak pun ala-ala jer.. tapi si Ammar ni, dah start naik tangga sampai tingkat atas, dah start memanjat dan turun katil sendiri, dah start nak panjal grill pintu, start panjat kabinet tv, masuk bawah katil, panjat dalam kabinet baju.. fuhhhh serius aku cam sentiasa dalam kerisauan.. dia lah yang paling banyak jatuh sebenarnya.. risau keadaan kepala dia coz kenkadang tak terkawal kelasakannya ini. 

So, salah satu langkah penjagaan yang kami amik adalah...

Pasang SAFETY GATE!

Ini safety gate turun temurun dari Qaleesya dulu. Jimat tak jimat hahaha... sib baik leh pakai lagi. So, si ibu ni rasa lega sket coz dia dah tak boleh panjat tangga bila ibu ngah masak kat dapur hua hua hua.. Tapi nampaknya problem belum selesai. Skang dia dah pandai nak turun tangga pulak!

Sabar la anak.... so, ibu pujuk-pujuk abah..  "jom la kita beli safety gate pasang kat tingkat atas plk.. I risau la, kenkadang dia tido atas, I masak kat bawah.. dia dah pandai turun katil.. tau2 kang kt tangga jer.. Apalah sangat harga safety gate tu berbanding keselamatan anak kan.." ceh ceh ceh.. itu lah ayat pujuk ibu. So, abah pun "oklah.. esok kita gi cari safety gate.." Yes!!! Mata ibu bercahaya gembira gitewww...

Survey punya survey.. last2 beli kat TESCO. 


Haa puas ati cek. Lega sungguh bila ada safety gate ni.. murah jer RM140 kat Tesco. Sekali ngan extension siap ada dalam pakej. Kalau beli kat tempat lain, extension lain harga.  Kualiti gate pun bagus. Besi ni kira berat juga.. dan pintu dia memang memerlukan kekuatan orang dewasa untuk membuka. Ketat tul... Aku kenkadang malas nak buka pintunya, aku langkah jer.. hahahha.. Lepas ni Ammar boleh bebas bermain kt tingkat atas.. nak kuar masuk bilik gi main pun tadak hal dah.. sebelum ni, pintu bilik kena pastikan bertutup sentiasa coz takut dia kuar ke tangga. Ni bukan setakat Ammar jer tak boleh turun tangga, Qaleesya dan Qaireen pun tak boleh turun coz diaorang tak larat nak angkat dan buka pintu gate tu. Elok gak kalau pasang kat pintu ke dapur kan.. xdelah diaorang asyik datang dapur time aku masak. Hmmm good idea.. kena mulakan misi memujuk abah bulan depan ni.. ke, patut pujuk minta buat pintu sliding kaca je dari dining ke dapur tu?? Hahahah.. botak laki aku.

^_____^

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)