penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Tuesday, November 11, 2014

Sambutan Hari Tadika Selangor

Assalamualaikum...

Baru berkesempatan nak update blog personal, sibuk mengupdate blog bisnes jer akhir-akhir ni.. maklumlah nak kejar target.. nak sharing sebanyak mungkin kebaikan Shaklee. Hari Ahad lepas kami sekeluarga ke SACC, seawal pagi lagi dah berada disana. Kami kesana coz Qaleesya masuk perarakan dan sorak mewakili tadikanya. Bukanlah dia masuk sensorang, kira in team la ni. Saja jer bagi dia masuk, bagi pendedahan sket untuk bina keyakinan diri berada didepan orang ramai. 

Actually kami sampai lewat sket.. cikgu kata kena ada sana kul 7.30pagi.. tapi kul 8.15pagi baru kami sampai. Sementara en. hubby gi parking, aku bawa Qaleesya masuk dulu untuk diserahkan pada cikgu. Diaorang pun nak prepare2 dulu kan.. mak aiii punyalah ramai orang, maklum lah peringkat negeri. Memang banyak tadika yang join.. apatah lagi tadika yang berdaftar dibawah PERTIM. Meriah sungguh. Memang melilau jugalah cari cikgu dalam ramai-ramai tu. At last call cikgu, tak berjawab pula. Aku ngan dukung Ammar dan sebelah tangan lagi pegang tangan Qaleesya. Risau gak kot hilang dalam ramai-ramai ni. Akhirnya cikgu dia call bg direction diaorang dok kat mana. Sib baik.. dah serahkan Qaleesya pada cikgu, ibu bapa sume kena masuk dewan. 

Sume yang amik bahagian kena dok bawah khemah ni. 

Suasana pentas dalam dewan. Biasalah kalau kata start kul 8, lum tentu pukul 8 tu start kan.. dah tau dah.. Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor yang baru.. Azmin Ali..So, sementara nak tunggu MB datang, pihak penganjur telah menjemput Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki memberi ceramah tentang parenting. Sangat bermanfaat especially cara mendidik generasi Z ni. Sayang sekali masa mencemburui.. sejam rasa kejap jer, tips pun Ustazah tak dapat bagi habis.. 

Best sangat ceramah ustazah ni.


MB dah sampai, so dengar la MB berucap dan merasmikan majlis.




Ammar pada awalnya dok diam jer.. pastu tido.. dah lama sangat mula melasak nak jalan sana sini.. sib baik juga pihak penganjur ada bagi gift Majalah Tunas, boleh gak bagi Qaireen buat. At least dia leka jap. Nak menunggu turn sekolah Qaleesya lama gak, maklumlah ada 27 tadika yang participate dalam pertandingan perarakan ni. 



Antara team-team dari sekolah tadika lain yang sempat aku snap. 



Ni team sekolah Qaleesya. Qaleesya sempat lambai tangan kat aku lagi. heheh.. dia yang pakai tudung hitam tu. Gambar blur la pulak, dia siap pusing cari kami lagi. Sib baik ibu dok depan juga.. heheheh.. boleh la lambai2. Bila nampak ibu tersenyum-senyum la dia. 

Keputusan? Tak taulah team mana yang menang coz kami tak tunggu sampai acara penyampaian hadiah. Dah kul 1 gi amik Qaleesya dari cikgunya terus gi makan. Maklum lah gi pagi tu tak sempat sarapan pun. Perut dah berkeroncong.. Kalah menang tak penting, yang penting experience tu... Good job Qaleesya :)

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)