penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Wednesday, November 19, 2014

Sepetang di Perpustakaan Raja Tun Uda

Assalamualaikum..

Asyik-asyik bawa anak jenjalan shopping complex jer, sekali sekala ubahlah ke tempat ilmu pulak. So, decided bawa anak-anak ke Perpustakaan Raja Tun Uda kat Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah ni. Perpustakaan baru, environment keliling pun menenangkan.. Ini kali kedua Qaleesya datang ke sini. Kali pertama dia pi ngan rombongan sekolah. But dia seperti biasa tetap excited. Masuk jer pintu Kelab Golf dia dah start cerita yang dia pernah datang sini naik bas hahahha.. 

Memang sonok anak-anak datang sini. Selain dari dapat ramai kawan, diaorang excited pilih buku.. si Ammar pun bukan main suka merangkak kesana kemari. Aku pulak yang risau coz ramai bebudak berlari sana sini, takut terpijak or terlanggar dia. 


 Port paling best lepak adalah kat pokok besar ni. Bukan pokok betul pun.. but replika ni menarik perhatian anak-anak. Upss kakak Qaleesya agak seksi disitu.. huhu..

 Ammar bebas merangkak kesana kemari, panjat kerusi, meja.. ibu dalam posisi berjaga-jaga saje..

kakak sonok pilih buku.. terlampau banyak sampai dia dah rambang mata nak pilih mana satu. Tapi, baca nyer tak lama mana.. main jer lebih lepas tu. Takpe, budak-budak lagikan.. namapun diaorang belajar sambil main. Kita dulu lagi teruk.. huhu.. lenkali ibu abah bawa lagi ke sini yer.. :) jelajah library ni tak habis lagi.

Korang pun bawalah anak-anak kesini.. diaorang pasti happy.. (^__^)

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)