penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Sunday, November 23, 2014

Temasya Sukan dan Graduasi Tadika Seri Permata BBR

Assalamualaikum..

Semalam, 22 November 2014 telah berlangsungnya Temasya Sukan dan Graduasi tadika Qaleesya. Qaleesya lum grad lagi coz dia baru 5 tahun.. insyaAllah.. takde aral dia akan sambung skolah kt sini lagi untuk next year.  Dalam kul 8.45pagi kami sampai ke sekolah, dari rumah ke sekolah dalam 10 minit jer.. dekat sesangat. Ramai gak dah parents yang datang. Qaleesya pun yang pada mulanya liat nak bangun pagi coz hari cuti kan.. siap drama tangisan bagai.. tengok jer kengkawan, tak menyempat nak kuar keta. Hai la anak...

Sementara Qaleesya bersiap-siap, kami ibu bapa ni makan ler dulu.. katanya tak sempat pun nak breakfast kt rumah sebelum keluar. Ada nasi lemak super pedas tapi sedap, kuih seri ayu, muffin aku buat tu, ketayap, donut, karipap, cream puff.. kuih muih ni semua sumbangan para ibu bapa yang datang. Alhamdulillah.. rezeki. Si Qaleesya sempat gak aku bagi minum air dan suap muffin sket.. langsung tak makan kang, pengsan pulak anak dara ku itu. Majlis bermula dalam kul 9.30 pagi.. bacaan doa, perasmian dari Pengerusi Kawasan Ellis, acara perbarisan, nyanyian lagu Negaraku dan lagu negeri Selangor yang aku dok Selangor berbelas tahun pun tak hafal huhu... 

 Ada empat pasukan, rumah biru, merah, hijau dan kuning. Qaleesya mewakili rumah Merah. Tengok la anak daraku ini..suka bebenor dia. Dia ni satu hal, kalau masuk apapun, nak ibu abah bagi support, lambai2 sume.. lagi la dia bersemangat. Salah satu cara nak tingkatkan confident level dia. Bagi jer masuk banyak2 acara.. so far dia memang suka.



Tengok.. asyik tersengih jer.. happy bebenor dia. 


 Beratur untuk perbarisan





Selepas acara perbarisan, ada acara sorakan dari setiap kumpulan. 

 Tengah bersedia.. penat praktis kat umah ni. Masalahnya dia bukan jer praktis lagu sorakan rumah merah jer.. lagu sorakan semua rumah dia hafal..Kesan makan OmegaGuard kot ni.. sel-sel otak sangat berhubung hahhaha..



Selesai acara sorakan, disambung pulak dengan acara senamrobik.. amboi best tengok budak-budak ni bergelek. Diaraong memang enjoy sakan la..termasuklah Qaleesya.






Kemudian, ada acara sukaneka. Memang kelakar tengok bebudak ni bersukan. Macam-macam gaya, macam-macam peel.  Sabar jelah cikgu-cikgu melayan. Parents pun semua sporting bagi sokongan moral.




Antara yang sempat aku snap dari bawah khemah..

 en hubby melayan qaireen

Ammar yang baru bangun dari tido.. panas berpeluh dia

 Beratur terima hadiah.. hadiah saguhati je pun tapi tak kisahlah.. janji enjoy..


 Happy dapat hadiah



 
Alhamdulillah.. selesai majlis.  Ibu tumpang seronok tengok Qaleesya enjoy hari tu... InsyaAllah next year kita skolah sini lagi yer. . Acara berakhir kul 12.30 hari.. panas terik dah time tu.. semua pun dah penat.. Terima kasih cikgu-cikgu yang sabar melatih anak-anak kami. Cuti sekolah pun bermula.. yeay!!!



No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)