penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Wednesday, December 31, 2014

Ammar Turns One!


Alhamdulillah.. alhamdulillah.. syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah.. Semalam, 30 Disember 2014 genap setahun umur hero, pujaan hati, permata hati intan payung ibu ni.. Ya Allah.. kejapnya masa berlalu.. masih terasa-rasa sakit luka diperut ibu lahirkan Ammar.. tengok Ammar dah pun setahun.  Dah pandai minta makanan yang ibu makan.. dah pandai main gurau cak2 ngan ibu.. dah pandai naik turun tangga.. dah pandai jalan.. dah pandai main2 ngan kakak.. dah pandai tunjuk itu ini.. dah pandai ckp kt telefon, dah faham serba sedikit apa yang ibu suruh.. Terima kasih Allah atas anugerah terindah ini. Sayang ibu pada Ammar tak terungkap dengan kata-kata.. semakin hari ibu tengok, semakin dalam kasih sayang ibu pada Ammar dan kakak2..

Genap setahun jugalah Ammar fully breastfeeding tanpa sebarang campuran susu formula. Syukur sekali pada Allah yang Maha Esa, murahkan rezeki susu ibu untuk Ammar. Sesungguh Ammar telah pecah rekod kakak-kakak Ammar, fully breastfeeding hingga satu tahun. InsyaAllah, ibu akan teruskan bagi susu ibu pada Ammar hingga Ammar dua tahun. Mudahkanlah Ya Allah.. setahun juga Ammar dalam jagaan ibu sepenuh masa, 365 hari berulit dengan ibu.. bertuah sungguh Ammar!! Ini juga menjadikan Ammar anak yang sangat manja.. tak boleh berenggang ngan ibu.. hilang sket dari pandangan melalak la Ammar.. sampai ibu mandi pun secepat yang boleh coz Ammar dok menangis sambil ketuk pintu bilik air. Setaman boleh dengan nak oiii.. Ibu bersyukur sangat diberi kesempatan oleh Allah, dapat melihat saat pertama Ammar meniarap, merangkak, duduk, berdiri, berjalan.. nak menangis rasanya.. semua ni adalah precious moment untuk ibu simpan sampai mati. No regret ibu korbankan kerjaya ibu selepas lahirkan Ammar.. apa yang ibu dapat lebih berharga dari itu. 

Ammar sayang.. plan ibu dulu, umur Ammar 6 bulan ibu akan kembali bekerja. Coz ibu rasa bila Ammar dah makan solid food, ibu dah boleh lepaskan Ammar dalam jagaan taska. Tapi ibu tak sampai hati bila masa itu tiba. Jadi ibu delaykan lagi.. Alhamdulillah.. ibu abah merancang.. Allah juga merancang.. dan sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik. Bila Ammar genap setahun, dah boleh jalan.. ibu dapat tawaran kerja. Jadi maafkan ibu kerana tak dapat bersama Ammar macam dulu.. 24 jam sehari berulit ngan ibu jer.. Ibu buat ni demi keluarga kita juga.. demi untuk Ammar, kakak Qaireen dan kakak Qaleesya. Ibu dah carikan taska yang ibu rasa terbaik untuk Ammar.. ibu cek segala yang perlu, berdaftar ke tidak, bagaimana dengan keadaan bilik untuk Ammar duduk, menu makanan, boleh handle EBM ke tidak, staff yang menjaga dari mana, kelulusan apa? Boleh kata, dari segenap segi ibu cek.. dan ibu abah berpuas hati dengan taska ni. Ibu harap Ammar ok disitu.. dan ibu dah test tinggalkan Ammar dengan Makchaq separuh hari.. Ammar ok.. cuma bila nampak ibu balik terus menerpa sambil menangis.. sian anak ibu. Dan yang pastinya, kita berdua akan menangis dihari pertama Ammar masuk taska nanti.. berat hati ibu Allah saja yang tau.. doa ibu sentiasa bersama anak-anak ibu.. setiap masa.

Jadi sempena Birthday pertama Ammar semalam, ibu buat small celebration untuk Ammar. Kek ni, not plan.. ibu buat last minute dan hasilnya tidaklah seberapa. Simple kek untuk Ammar tapi ikhlas dari hati ibu.. yang penting, hasil air tangan ibu penuh kasih sayang untuk Ammar. 

 Buttercream Choc Sponge Cake untuk Ammar.. tapi ibu bagi Ammar makan kek jer.. buttercream bukan untuk Ammar :)

 Orang kuat belakang tabir.. hehehe

 Abah bacakan doa selamat untuk Ammar.. dan Ammar pun nak berdoa sama :)






Kita celebrate berlima jer.. Selamat Ulangtahun kelahiran yang pertama Megat Ammar Hadif. Ibu abah doakan semoga Ammar sentiasa dibawah lindungan Allah SWT, jadi anak soleh, dipanjangkan usia, jadi khalifah yang memakmurkan dan bermatlamat seperti nama Ammar Hadif, berjaya dunia akhirat. Ibu, Abah, Kakak Qaleesya dan Kakak Qaireen sayang Ammar sangat-sangat..

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)