penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Wednesday, December 31, 2014

Chocolate Cheese Brownies..

Assalamualaikum..

Tengok orang buat brownies choc cheese ni teringin la pulak. Aku ni pantang tengok orang buat, aku pun teringin. So, google la resepi Chocolate Cheese Brownies ni.. Aku dapat resepi best siap ngan step by step lagi dari blog Emilia Puteri.  Sape yang nak tengok step by step nak buat brownies ni, sila refer link yang aku bagi tu yer. Thanks Emilia Puteri diatas perkongsian ni yer. 

Chocolate Cheese Brownies


Bahan2:

250gm mentega
1 cwn serbuk koko 
3 biji telur gred B 
1 1/2 cwn gula castor 
1/2 cwn susu cair 
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB 
1 tsp baking powder 
1 tsp soda bicarbonate
1 tsp esen vanilla
Cara:
 
- Cairkan mentega, masukkan serbuk koko dan kacau rata
- handwhisk gula dan telur, masukkan dalam adunan koko tadi, kacau sebati
- Masukkan susu cair dan kacau sebati
- Masukkan tepung yang diayak dengan baking powder dan soda bikarbonat tadi.. masukkan sikit-sikit, kacau sebati.
- Last sekali masukkan esen vanilla dan kacau rata
Panaskan oven suhu 175 darjah celcius, grease dan alas loyang ngan baking paper. Biar kertas berjuntaian di kedua belah bertentangan agar mudah untuk keluarkan brownies bila masak.
- Tuang brownies dalam loyang dan bakar 20 minit atau sehingga masak. Tinggalkan sikit adunan untuk buat marble diatas cheese nanti.
 
Bahan Cheese:
 
250gm Cream Cheese
1 cawan gula castor
1 biji telur gred B
 
Caranya:
  
- Pukul cream cheese hingga gebu
- Masukkan gula dan pukul hingga sebati
- Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati
 
Setelah brownies masak, keluarkan dan tuang adunan cheese diatas brownies. Ratakan dan pipekan adunan lebihan brownies ke atas cheese secara melintang. Ambil lidi dan tarikkan ke kanan dan kiri agar bercorak.. Bakar lagi 15 minit atau sehingga masak.  Biarkan sejuk sebelum potong.

Ni yang aku buat heheheh...



Ni pun tak sempat tunggu sejuk betul dah potong. Anak2 nak makan.. komen first time buat.. sedap!! Korang nak tau.. kena lah buat.. selamat mencuba.. ^__^
 
 





No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)