penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Monday, December 15, 2014

Settle Langkah Pertama - Daftar Haji

Assalamualaikum.. 

Bulan lepas ke Tabung Haji bank in kan semua duit raya dan duit tabung anak-anak serta buka akaun tabung haji untuk Ammar. So far, lengkap lah ketiga-tiga mereka dah ada akaun Tabung Haji. 


Dalam masa yang sama, daftar haji untuk kitaorang laki bini.. Syukur, langkah pertama dah settle.. Tarikh yang diberi pada tahun 2076.. haaa umur 96 tahun baru dapat gi haji.tapi itu just estimate jer.. insyaAllah.. murah rezeki, diizinkan Allah.. moga awal sket la dapat gilirannya.. amin.. oh ya, pada korang yang belum daftar, baik gi daftar cepat. Kang lagi lambat date yang korang dapat. Pendaftaran haji RM1300.. kalau korang dah ada wang beribu-ribu lemon dalam akaun tak bermakna korang dah didaftarkan haji tau.. kena gi Tabung Haji dan cakap nak register haji.. nanti diaorang buatkan dan lepas register akan dapat satu statement yang korang dah didaftarkan. 


Pada yang belum daftar dan kurang budget nak daftar. No worries.. korang bawa je penyata KWSP dan gi kaunter Tabung Haji. Bayar RM10 untuk buka akaun dan tunjukkan penyata KWSP tu. Dia akan tengok baki pada akaun 1 korang.. so, dari situ dah boleh register.. namun mestilah akaun satu korang tu ada at least RM3000 ke.. baru lah boleh digunakan.. 

Haa apa tunggu lagi.. jom daftar Haji.. :)

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)