penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Saturday, January 31, 2015

Bangun seawal 4.30 pagi..

Assalamualaikum..

Pekabar korang?? Skang ni rutin harian aku bermula seawal 4.30 pagi. Kunci jam tu kul 5.00 pagi sebenarnya.. tapi 4.30pagi mesti jaga. Bukan alarm jam or hp yang kejutkan aku, tapi Ammar.. tiap kul 4.30 pagi dia mesti jaga nak menyusu. Ammar still susu badan lagi, alhamdulillah.. rezeki untuk Ammar masih ada. Ada yang tanya, tak penat ke bangun awal2 sangat.. tido kul baper? Bangun awal buat sarapan ke? Entahlah.. aku tak rasa letih pun sebenarnya.. bangun awal, boleh gak wat solat sunat.. then boleh siapkan air mandian anak.. maklumlah, kat rumah takde water heater kat bilik mandi. So aku memang masak air panas tiap pagi untuk anak2 mandi. Then, kalau malamnyer tak sempat nak kemas baju anak masuk beg, awal pagi tu sempat la nak kemas2 apa yang patut. Kuarkan EBM Ammar etc etc etc.. Biasanya time aku tido, depends.. paling awal kul 10 mlm.. paling lewat kul 11mlm.. skang xde lagi nak berjaga sampai dua tiga pagi.  Paling penting, bangun awal tu.. masa perut kosong, aku telan dulu Zinc Shaklee.. then, sambil-sambil buat keje tu, makan biskut dua tiga keping ngan air masak suam.. pastu aku telan pulak multivitamin Shaklee i.e Vitalea dan Coq Health.. Alhamdulillah.. sepanjang hari tu aku bertenaga jer. Memandu pun tak mengantuk even tido lewat, bangun awal cenggini. Vitalea penting untuk cukupkan nutrisi harian aku, Coq Health tu aku baru amik, tapi kesannya AMAZING!! patutlah ramai yang suka sebab apa, dia menjaga jantung agar lebih sihat.So, kalau selalu mengah2, naik tangga sikit dan mengah, penat.. sangat bagus amik Coq Health ni.. selain tu, ia gak mencantikkan kulit.. auwww.. perempuan dan kulit cantik tak dapat dipisahkan.. kih kih kih.. 

Anak-anak aku kejut kul 5.30 pagi.. kenkadang senang bangun..kenkadan liatnyer lah.. tapi aku faham.. kita dulu nak bangun gi sekolah kul 6pagi pun liat, ni kan pulak kul 5.30 pagi dah kena bangun.. umur diaorang baru 6 dan 4 tahun kot.. sometime kena paksa gak ler.. sabar jelah ye. 

Ni dah lepas mandi dan minum susu.. ceria la sket kan.. eheheh...

Ammar paling senang bangun.. kita kejut kakak2, dia yang bangun. Aku tak mandikan Ammar seawal pagi tu. Dia mandi kat Taska. Aku cuma lapkan badan, tukar baju dan lampin. Ko nak hantar anak gi taska, biarlah proper sket.. jangan la ngan taik mata berketul, muka tak basuh, mulut busuk bekas minum susu, diapers penuh taik or berat ngan kencing ko hantar ke taska. Kalau aku jadi orang yang jaga pun geram.. pemalas benar mak ko ni nak.. langsung tak bersihkan anak sebelum hantar ke taska. So, kalau kita nak orang jaga anak kita elok-elok.. tunjukkan contoh yang elok juga. So, diaorang tengok, mak dia jaga dia bersih2.. so, kita pun kena jaga bersih juga.

Setakat ni, Qaireen masih lagi menangis tiap kali sampai depan pagar tadika. Asyik nak ikut ibu gi keje jer. Cuma skang, takdelah nangis beria.. merengek sket2 jer.. pastu dah ok. Ammar plak dah depan pintu nampak teacher dia, terus hulur tangan nak teacher dukung. Tapi bila dah bagi kat teacher, tengok ibu nak tinggal dia.. mencebik dan bunyi gak ler sket.. tak lama pun.. jap je dah ok. Good boy.. hero ibu kena kuat kan.. 

 Ni amik dia ari Khamis lepas.. omei omei anak ibu.. ada birthday celebration untuk anak-anak yang lahir bulan Januari disekolah.. Ammar pun tumpang meraikan, geram tengok dia pakai camni. Comell sangat.. (haish.. anak aku, biarlah aku nak puji comel pun.. ) hahahha.. Nampak ibu jer terus laju jalan ke pintu.. Moga anak-anak ibu selamat dan dilindungi Allah dalam jagaan teacher ditaska dan tadika.. amin..



No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)