penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Saturday, January 31, 2015

Kerenah Manusia Di Jalan Raya

Assalamualaikum.. 

Skang hari-hari drive meredah jem di Federal Highway, ate katanya keje di PJ kan.. So, aku dah jadi imun bab jem ni. Kalau tiga tahun dulu, hari-hari stress ngadap jem.. skang ni boleh plak aku ok, xde nak stress bagai walau kenkadang tu, lenguh gak kaki dok ganti tekan brek dan minyak.. sib baik keta auto.. mungkin faktor usia menjadikan aku lebih bersabar dan matang. Cewahhh!! Lagi satu tips berguna, korang zikir jer mengadap jem tu.. sure hati lapang.. takde nak marah2. Oh ya.. lagi satu, sediakan makanan hahahha.. aku mmg sediakan kuih, kot bosan..makan.. kih kih kih.. 

Bila berada dijalan raya ni bermacam lah kerenah manusia ko boleh tengok. Ada yang tak menyabar.. jap cilok kanan, jap cilok kiri.. gi lane paling kanan tak gerak, dia ubah ke lane paling kiri.. then tukar lane tengah pulak.. pastu cilok ke lane kanan balik.. nak masuk pulak ke lane tengah aku hon sekuat hati.. gilos ke apa ko ni.. aku dah dekat ko nak mencilok lagi! Dah namanya jem..ko cilok mana pun tetap jem.. dok jelah diam2 kat situ.. bukan tak jalan pun.. jalan gak walau slow. 

Ada gak yang peelnya.. suka memfollow dekat2..ni bukan jer takat keta.. lori paling suka wat gini.. hampeh sesangat yer.. aku tak faham naper la dia nak ikut rapat2 padahal depan tu keta berderet.. jalan pun cam siput dot dot dot tu.. slow bebenar. kot ko tak sempat brek sondol bontot keta aku.. itu yang aku tak suka.. aku ni dah ler ada satu keta jer.. kang masuk workshop camne nak gi keje??? haish.. sabor2..

Ada juga manusia yang tak menyabor sesangat ikut lorong kecemasan. Aku walau lambat camne pun, aku takkan guna lorong kecemasan. Bagi aku itu kurang ajar namanya. Kerana apa? Kalau apa2 emergency memangla payah nak berhenti kt lorong tu coz penuh ngan keta manusia2 yang takde ati perut. Aku pernah ada masalah keta, nak berhenti kat lorong kecemasan tak boleh coz penuh dengan keta yang potong que.. tak menyabar semua.. please la korang.. jadi manusia berhemah sket boleh tak???


muka tabah je menghadap jem.. eahahha.. bye korang.

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)