penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Thursday, January 1, 2015

Taska Untuk Ammar


Assalamualaikum.. 

Anak syurga pujaan hati ibu ni bakal ke taska Jumaat ni.. Sedih.. memang sedih.. hati ibu mana tak sedih.. setahun, siang malam ngan ibu.. lepas ni jumpa malam jer. Hmmm.. ibu cuba kuatkan semangat tabahkan hati.. tak nak fikir sangat coz kalau fikir, ibu akan nangis.. ibu akan jadi lemah.. hati ibu meronta-ronta nak jaga Ammar jer.. Tapi ibu tau, semua ni berlaku atas izin Allah.. pastinya itu perancangan yang terbaik yang Allah telah aturkan. 

So, dua tiga ari lepas ibu dah carikan Taska yang boleh memuaskan dan meyakinkan hati ibu untuk hantar Ammar. Ibu dah gi buat "inspection", so far ibu puas hati dengan keadaan taska, tenaga pengajar, sistem kat taska, keselamatan, pemakanan.. dan paling penting, ia berdaftar dengan JKM. 

Ada buku log harian. Ibu kena fill up part ibu bapa sebelum hantar anak ke taska, contoh cam apa perkembangan Ammar kat rumah, dah mandi lum, dah minum susu lum, tidur nyenyak ke tak.. Then bila amik Ammar dari taska ibu boleh review apa Ammar buat seharian kat taska, apa Ammar makan, minum susu bape kali.. semualah.. 




Dalam log book :)

Yang ni pulak yuran taska.. so sape yang berminat nak hantar ke taska ni, boleh PM, kita citer2 taska mana yer.. 


Menu harian

Jadual harian


Tarikh TaskaTutup.. senang ibu bapa nak amik cuti.


Ibu doa sangat Ammar dapat sesuaikan diri disini. Moga Ammar dijaga dengan baik oleh cikgu-cikgu disini yang rata-ratanya mendapat kursus pendidikan awal kanak-kanak. Barulah ibu dapat bekerja dengan tenang.. 

"Ya Allah.. Kau lindungilah anakku Ammar, Qaireen dan Qaleesya dari pandangan dan niat jahat manusia.. Aku letakkan mereka dibawah perlindunganMu Ya Allah semasa aku keluar bekerja.. amin.. amin.. amin.."

Allah akan jaga Ammar, Kakak Qaireen dan Kakak Qaleesya... ibu yakin itu.

















 

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)