penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Saturday, February 7, 2015

Siakap Tiga Rasa

Assalamualaikum..

Haa ari ni masak Siakap Tiga Rasa lagi.. memang favourite aku nih.. hubby pun suka. So, nak share lah resepi ni kat blog. Aku tau, ramai dah yang pakar masak Siakap Tiga Rasa ni. Aku wat entry ni untuk rujukan aku dimasa depan.. tak perlu nak google resepi orang lain lagi. Masuk blog sendiri jer.  Manalah tau bermanfaat juga pada mereka yang baru-baru nak belajar memasak.. dan kot dimasa depan, anak2 dara ibu boleh belajar dari sini juga. Aku amik resepi ni dari blog Azie Kitchen.. thanks azie for sharing.. minta halal yer ilmu ni.  Ok, jom tengok apa resepinya..

Siakap Tiga Rasa

 

Bahan:

1 ekor ikan siakap, tekap ngan tisu dapur kasi kering air.. sapukan garam dan lumur ngan tepung jagung. Rehatkan sebentar selama 5 to 10 minit. Goreng dalam minyak yang panas hingga masak. Ketepikan.


Bahan:

A) Dicincang halus:

- Halia 2cm

- Bawang putih 3 ulas

- Bawang merah 3 ulas

- Cili Merah/besar 2 biji


B) Dipotong:

- Cili padi 2 - 3 biji (nak pedas letak lebih)

- Daun limau purut dua helai

- Tomato sebiji dipotong dadu

C) Untuk Sos:

- Sos Cili*

- Kicap Manis*

- Cili Kisar dua sudu besar

- Gula, garam secukup rasa

*agak2 je coz aku tak guna sukatan.. 

 

Cara:

- Panaskan minyak, tumis bahan A hingga naik bau. Then masukkan Cili Kisar, masak hingga pecah minyak. Masukkan air, sos cili dan kicap manis. Kacau rata. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa. Last skali baru korang masukkan Bahan B. Biarkan seketika.. dah agak pekat boleh lah tutup api dan tuangkan diatas ikan siakap yang dah digoreng tadi. Makan bersama nasi panas memang wallah!! TERBAIK. 



Selamat Mencuba :)

Sambutan Maulidur Rasul - Tadika Seri Permata, BBR

Assalamualaikum...

Dua anak daraku, bangun awal pagi semalam coz semangat nak gi skolah ada sambutan Maulidur Rasul katanya. Khamis petang tu on the way back, meredah jem.. aku sempat la intai2 FB. Skali tengok FB skolah bebudak ni update Jumaat ada sambutan kat sekolah, ibu bapa boleh sumbangkan makanan. So, fikir nak prepare homemade food memang tak sempat dah. Aku sampai umah dah maghrib.. pagi nak bangun masak memang tak sempat ler. So, decide beli Kek jer. Aku beli dua jenis kek, Kek Kurma dan Marble kek.. 

Ni pulak gambar-gambar diaorang yang cikgu post kat FB tadika. Saya tumpang share kat sini yer cikgu.. hehehhe.. So biarlah gambar berbicara :)





 Bercerita dulu tentang kelahiran Rasulullah SAW.. Qaireen balik umah, citer ngan ibu Rasulullah SAW lahir tahun Gajah :)


 Groufie.. bersama cikgu2 Seri Permata BBR. Qaireen awat serious sangat tu.. first experience untuk Qaireen..

 ok, beratur nak berarak keliling kawasan perumahan..









 

Terima kasih cikgu2 atas anjuran aktiviti yang bermanfaat ni..

Sunday, February 1, 2015

Jalan-Jalan di Tasik BBR

Assalamualaikum..

Pagi tadi saja berjalan-jalan amik udara segar di tasik kt area rumah. 10 minit berkereta jer dari rumah.. nak jalan kaki pun boleh, tapi hagak2 la ngan anak2 ni ko nak berjalan kaki dari rumah ke tasik tu. Kat sini ada dua tasik besar yang dipisahkan oleh jalan raya. Rumah baru siap menghadap tasik ni pun boleh tahan cun.. dan harganya pun sangat cun lah!! skang ni rege dia dah cecah million2.. ko mampu??

Kitaorang sesaja bawa anak2 jalan pusing tasik sambil menjamu mata tengok umah2 cantik menghadap tasik sambil berangan bila la nak punya rumah cenggini hahaha..Kat sini ada small playground gak, boleh la bebudak ni main jap. Cuma yang aku kesalkan, contractor2 yang renovate rumah2 baru kat sini takde kesedaran sivik. Pembungkus makanan, botol air semua diaorang campak ke dalam tasik..hangin satu badan tengokk. Padahal ada jer tong sampah.. otak letak kat lutut agaknya. Sampai kan tong cat pun ko buang ke tepi tasik, akai takdak ka??? haa tetiba aku dah emo ni. 

Apapun, jom la layan serba sket gambar yang amik kt tasik tadi. Sempat gak buat senaman ringan kat sini tadi..