penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Saturday, February 7, 2015

Siakap Tiga Rasa

Assalamualaikum..

Haa ari ni masak Siakap Tiga Rasa lagi.. memang favourite aku nih.. hubby pun suka. So, nak share lah resepi ni kat blog. Aku tau, ramai dah yang pakar masak Siakap Tiga Rasa ni. Aku wat entry ni untuk rujukan aku dimasa depan.. tak perlu nak google resepi orang lain lagi. Masuk blog sendiri jer.  Manalah tau bermanfaat juga pada mereka yang baru-baru nak belajar memasak.. dan kot dimasa depan, anak2 dara ibu boleh belajar dari sini juga. Aku amik resepi ni dari blog Azie Kitchen.. thanks azie for sharing.. minta halal yer ilmu ni.  Ok, jom tengok apa resepinya..

Siakap Tiga Rasa

 

Bahan:

1 ekor ikan siakap, tekap ngan tisu dapur kasi kering air.. sapukan garam dan lumur ngan tepung jagung. Rehatkan sebentar selama 5 to 10 minit. Goreng dalam minyak yang panas hingga masak. Ketepikan.


Bahan:

A) Dicincang halus:

- Halia 2cm

- Bawang putih 3 ulas

- Bawang merah 3 ulas

- Cili Merah/besar 2 biji


B) Dipotong:

- Cili padi 2 - 3 biji (nak pedas letak lebih)

- Daun limau purut dua helai

- Tomato sebiji dipotong dadu

C) Untuk Sos:

- Sos Cili*

- Kicap Manis*

- Cili Kisar dua sudu besar

- Gula, garam secukup rasa

*agak2 je coz aku tak guna sukatan.. 

 

Cara:

- Panaskan minyak, tumis bahan A hingga naik bau. Then masukkan Cili Kisar, masak hingga pecah minyak. Masukkan air, sos cili dan kicap manis. Kacau rata. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa. Last skali baru korang masukkan Bahan B. Biarkan seketika.. dah agak pekat boleh lah tutup api dan tuangkan diatas ikan siakap yang dah digoreng tadi. Makan bersama nasi panas memang wallah!! TERBAIK. 



Selamat Mencuba :)

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)