penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Friday, March 27, 2015

Jom Beriadah!

Assalamualaikum..

Actually ni citer Ahad lepas. Malam sebelum tido dah janji ngan anak2, esok kena bangun awal nak gi tasik. So, pagi tu semua bangun awal lah.. tak sabar nak gi tasik. Tasik mana? heheh tasik kt area rumah jer pong...

Kami bukan jogging pun walau ramai yang jogging.. kami jalan2 amik angin jer.. kenkadang ni rasa tenang bila tengok tasik yang luas dengan angin sepoi2 bahasa.. 



 Memula sampai bebudak ni nak buat light exercise kat sini dulu.. 

 Jom jalan pusing tasik.. disebelah kanan ada rumah2 baru yang siap dan not 100% orang duduk lagi.. suka tengok rumah2 ni.. design cun..hargaaaa lagi lah cun.. ngadap tasik kot.. best!


 cubaan Qaleesya untuk membuang lemak dibahagian peha dan lengan dia yang kering tu.. hehehe

 Qaireen pulak cuba untuk mengurangkan ketembamannya..

okay.. jom jalan lagi. Ammar seronok sangat dapat jalan2..

 Nice view with nice shot.. time aku snap Qaleesya ngah lompat.. dalam gambar ni nampak cam dia tengah menggunakan kuasa yang ada untuk terbang.. kaki tak jejak tanah tu!!

 Gambar ni aku paling suka.. walaupun diambil menggunakan kamera phone cap ayam aku.. but I think this view..saaangaat cantik.. mereka yang paling kusayang.. love them sooo much!

 muka nampak cam penat jer.. tapi sebenarnya dia nak suruh ibu angkat dia pegang besi tu.. tapi ibu sibuk amik gambar.. lek la...

 Ammar first time main slide.. memula takut.. tapi lepas tu nak lagi dan lagi..



 sukanya Qaireen dapat main buai.. ibu dulu tokwan buat buai bawah rumah jer.. main la ko kt situ sampai lebam.. 

Hak bermain adalah hak anak2.. sebagai ibu bapa..layankan jelah.. bukan senang nak spend quality time mcm ni.. dah pusing tasik satu round awan pun gelap tanda nak hujan.. moh ler kita balik.. perut pun dah lapar lum makan pagi lagi... 

Moral of the story.. tak semua precious moment tu perlukan duit.. :)

Jom tengok Ammar lawat kawasan.. sampai berpeluh haa exercise. kih kih kih..

video

Sunday, March 22, 2015

Cerita Cuti Sekolah Anak-anak

Assalamualaikum..

Orang lain cuti sekolah dah plan gi jenjalan bercuti bersama keluarga.. kami cuti sekolah dok jelah kat sini. Ibu abah tak dapat cuti. So, bebudak ke skolah macam biasa coz sesi day care berjalan seperti biasa.. cuma tak perlu pakai baju sekolah, adalah aktiviti lain yang cikgu rancangkan untuk diaorang. 

Kat bawah ni just nak share aktiviti yang Qaleesya Qaireen buat kat skolah masa cuti ni. Ni ibu amik dari FB Cikgu Nurul.. thanks cikgu sudi share.. ada gak kenangan diaorang,bila besar nanti boleh tengok. So far, diaorang belajar buat Nasi lemak, Kek pelangi dan Ais Krim.. suka lah diaoarang balik citer.. last Thursday bawa balik ais krim.. bak kata qaleesya.. sedap.. sedap sangat.. hahaha..


 Qaireen tunjuk bakat


 Turn Qaleesya pulak

 Semua pun excited..


 Qaireen and the gang kupas telur untuk nasi lemak





Terima kasih cikgu tolong ajarkan anak2 kami.. :)

Happy Birthday Mr. Hubby!

Assalamualaikum.. 

Semalam, 20 Mac adalah hari lahir Mr. Hubby yang ke 32.. Alhamdulillah.. 32 tahun bernafas dibumiMu Ya Allah.. moga Kau beri suamiku kesihatan yang baik, rezeki yang tidak pernah putus, berkat lagi halal, Kau panjangkanlah umurnya, berilah kejayaan dalam setiap langkahnya.. berilah kebajikan dan pahala dalam tiap titik peluhnya mencari rezeki untuk kami..lindungilah dia dari segala bahaya, bala bencana, niat jahat dan hasad dengki manusia.. Selamat hari lahir Sayang.. terima kasih atas segalanya.. Terima kasih juga ibu kerana melahirkan suamiku ini.. jasa ibu tidak terbalas.. 

So, aku ada wat sket surprise la. sket jer pun. Dek kekangan waktu, aku memang tak sempat prepare banyak pun. So, hari Isnin dengan hati dup dap try minta cuti kt bos. Maklumlah probation period, cuti ada.. tapi nak cuti tu aku ala2 malu2 kucing sket.. aku amik half day jer pun.. sib baik bos kasi. Pagi Jumaat gi keje cam biasalah.. memang laki aku ni mati2 ingat bini dia keje sampai petang lah. Lepas lunch kt opis aku pun gerak ke Subang Murni.. aku tempah kek kt situ.. kalau nak dia deliver, RM20 charge nyer.. Harga kek yang aku tempah RM55 for Red Velvet mini ni.. so, rasa tk berbaloi, RM75 untuk si mini nikan..baik amik sendiri. memang mini lah hahahhah... cer tengok kt bawah:

Nampak cam besar kan.. tapi tapak tangan aku lagi besar dari kek ni hahahha.. mini sesangat.. terkejut den masa tengok saiz kek.. kotak boleh tahan besar.. haduiii... hahahha...

kan?? aku rasa ni sebabnya aku tak boleh jual kek kot..aku jenis tak sampai ati nak jual kek besar ni RM55.. moral of story.. lenkali buat sendiri jelah.. tapi kalau korang nak order kek ni, boleh visit insta diaorang Craveitlah! FB pun sama.. walaupun mini.. tapi kek ni jujur aku ckp sedap. Sila visit page diaorang yer.. mcm2 kek ado. So, kuranglah terkilan bab saiz coz rasa sedap.

Berbalik pada citer surprise yang tak surprise sangat tu, aku sampai umah dah kul 3 lebih dah..lepas solat kelam kabut siapkan bahan nak masak spagetti jer.. tu je yg sempat. tengah rebus spagetti.. tetiba!!! GAS HABIS!!! argghh ni boleh mengundang stress.. call pulak org gas.. dok fikir gak ni, laki aku takde takpe ke orang gas ni datang hantar gas ni.. tawakal jelah.. tu pun bila budak antar gas tu sampai, aku ckp je gi letak kt tepi peti kabinet dah.. nanti aku angkat sendiri gas tu masuk dlm kabinet.. cepat kasi duit dia pun blah. Tengok jam dah kul 4.30 dah.. aduii ckp ngan hubby kul 5 aku balik keje. Alhamdulillah.. tepat kul 5 siap.. kelam kabut mandi, solat..then hubby dah whatsapp tanya dah sampai mana. aku pun reply, jap lagi sampai.. Gigih aku pakai baju yang gi keje pagi tu agar suami aku tak syak apa2.. oohh pelakon fofular giteww... memang dia tak syak wei.. lepas amik dia, gi amik anak2 kt skolah dan taska.. balik la kerumah. Semua aku dah hidang ats meja dah.. 

Sampai kt depan pintu rumah, hubby ckp.. "ehh I tak tutup kipas ke pagi tadi? I rasa dah tutup semua.." Dalam ati aku, alamak.. kantoi plk terlupa tutup kipas.. buat muka kering jelah..hahahh.. dia buka pintu.. anak2 pun masuk..sekali budak2 ni nampak.."ehh ada kek la.. kek happy besday to you abah.."  Hubby pandang aku.. aku senyum2 jelah.. "u tak keje ari ni? bila masa u buat semua ni?" Dia cam teruja dan terkejut gak la.. oklah, surprise kurang menjadi sket coz anak2 dah kantoikan ibu.. cesss.. hahha.. tapi dia happy.. tu yang priceless.. ceh sama taip ni pun aku tersengih2 teringat muka dia time tu. hahhahha




Hehehe.. itulah cerita harijadi en hubby.. alhamdulillah.. we enjoy the food, cake and especially that moment.. ;)

Saturday, March 7, 2015

Jom Buat Tabung.

Assalamualaikum..

Isnin lepas, amik anak2 kat skolah cikgu bagi surat... surat per? Jumat, 6hb kena bawa tabung dari bahan terbuang. So parent ngan anak2 kena berkolaborasi buat tabung tu sekreatif mungkin. Ini untuk program Si Cilik Bijak Menabung di sekolah Qaleesya Qaireen.

Hari Khamis malam baru kami laki bini terhegeh2 nak siapkan projek tabung tu. Tu pun lepas kerah anak2 semua tido. Kalau diaorang tak tido, tak siap la keje tu. Sib baik ada en engineer sorang yang kreatif memikiorkan camne nak hasilkan tabung tu. Tugas aku bagi idea sket2 dan tukang tampal sticker. Kiranya kalau kt production, aku part last jer.. bahagian hias dan touch up giteww..

Setelah bertungkus lumus memerah otak, maka siaplah tabung anak2 pada pukul 1 pagi.. pheww.. ngantuk weiii.. Hasilnya

/
/
/
/
/

Ini Puteri Qaireen Hafiyya yang punya..


 Bila masukkan duit syiling.. bunga tu akan berpusing.. 


Ni pulak, Puteri Qaleesya Humaira yang punya..


 konsep sama jer ngan Qaireen.. color bunga jer berbeza



 Taraa.. hasil kerastangan ibu dan abah.. anak2 bangun sok paginya tolong tampal sticker kasi lagi meriah..

*psstt.. bukan jer bebudak teruja tgk bunga2 tu berpusing bila syiling dimasukkan, cikgu2 pun sama.. hehehe..

Company Photoshoot.. cewah!!

Assalamualaikum..

Tanggal 28 Jan dan 9 Feb ari tu company ada buat sesi bergambar.. ekekek.. kelakar la pulak bila diingatkan. Sesi terbahagi kepada tiga, individual photo, dept photo dan group photo. Perghh.. baru aku tau susah rupanya jadi model ni. Sampai gigil2 mulut aku sengih..maklumlah model xde  bakat.. fake smile ada, sincere smile pun ada.. posture nak kena betul.. macam2 lagi lah.. dan best gak tengok gelagat orang lain amik gambar..hahahha.. 

first pic with company corporate logo.. 

 without logo

Our team..Management & Two Wheel
Dari kiri: GM a.k.a my boss (directly report to him), Quality Manager, then aku, sebelah aku adalah Engineer Two Wheel Development.

The whole staff..big group photo of CTTCM.

 
Dan.. ini semua adalah boss tiap department in CTTCM (paling depan en.GM), mereka-mereka inilah yang aku assist setiap hari.. company dulu 3 orang jer. skang 9 orang.. tough! Paling mencabar nak handle mat saleh paling kiri dalam gambar tu.. sabor jelah!!! Nasib la ko tak faham dan boleh baca bahasa melayu Manuel oiii.. jangan ko jumpa blog aku dah.

K.. cau cin cau..

Ahmad Albab - Restoran Makanan Arab Paling Lazat

Assalamualaikum..

Tiap kali balik keje, dok lalu la kat SS7 nampaklah restoran Arab Ahmad Albab ni baru buka.. tapak kedai ni dulu Jendela Bali kot.. So, lepas amik hubby dan anak-anak, kitaorang pun nak test la makanan arab kat sini (anak beranak mmg minat makanan arab)

Nak pulak, tag line dia Makanan Arab paling lazat kan..harus la cuba. Interior restoran agak menarik.. selesa, bersih. 



 Cun kan interior dia.. :)

Tengok2 menu.. we all order la tiga menu berbeza dari segi nama.. Chicken Tawooq untuk anak2, chicken wrap untuk aku dan grill chicken untuk suamiku itu.. basic sume chicken coz balik Johor ari tu orang tu dah makan kambing banyak kan..:p

Tunggu punya tunggu, punya tunggu... air pun tak sampai lagi.. tgk meja sebelah luar tu, orang tu baru datang, tapi dah dapat makanan dah. Takpe bersangka baik.. dia maybe dan order awal2 through phone..datang makan jer. Tak pun, coz dia order nasi arab.. so cepat la dapat. 

Setelah hampir 20 minit menunggu.. dapatlah makanan dan air.. cer tengok..

 Chcken untuk hubby

Chicken Wrap untuk aku

Chicken Tawooq untuk anak2.. apa yang korang nampak.. tiga nama menu berbeza, namun bahan2nya sama jer.. and it takes almost 30 minute untuk siap. Basically semua sama.. just aku punya dia gulung, hubby punya ayam sekeping gitu.. anak2 punya ayam seketul2.. Rasa??? Sangat mengecewakan.. rasanya kosong.. kosong..kosong.. aku tak tau tang mana dia kata makanan arab paling lazat??? Kalau nak dibandingkan ni dengan restoran D'arab Cafe dan Hanoon Al Arab kat area rumah aku tu.. memang jauh la.. dua restoran tu much better dari yang ni. Serius amat mengecewakan.. chicken not juicy at all.. kering..semua kering... Dari 10, aku boleh bagi 3 jer kot..kejam??? Yes I am..and semua ni cost around RM50++. Pada aku agak mahal coz presentation dan rasa amat mengecewakan.. kalau presentation tak cantik mana, tapi rasa amat mengujakan.. i don't mind bayar mahal pun. Anak2 pun makan tak habis.. amik kentang dua tiga ketul jer.. amat membazir disitu.

So, that's my review on Ahmad Albab Restaurant.. sorry tauke Ahmad Albab.. for me, you kena improve lagi dari segi rasa dan kepelbagaian makanan ni.. But lain orang lain pandangan.. if you all rasa ok, don't blame me. This is my point of view, tekak I tak sama ngan uolls.. yang belum pernah try, not suggested order these three menus.. titik!

JDT aku datang!

Assalamualaikum..

Even though Ammar baru kuar hospital 17/2, kami still teruskan plan balik Johor cuti raya cina tu. 18hb tu aku still gi keje walau boss suh cuti terus jer hingga CNY. Ada keje yang belum beres.. at least gi keje sehari tu dapat siapkan apa yang patut. Sunyi jer ofis coz ramai dah cuti. Tinggallah dua tiga ketul jer gigih menjalankan tugas.. cewahhh!!! 

19hb pagi kami gerak balik.. sebelum tu gi breakfast dulu.. sepanjang jalan ada masa jem teruk.. ada masa jalan lancar.. tapi tetap rasa lama gak balik johor kali ni. Selalu 4 jam dah sampai.. ni 5 jam setengah wei.. bebudak dah tak sabar nak sampai umah tokwan. 





 Sepanjang perjalanan.. budak2 tu memang kena sediakan makanan siap-siap.. barulah dok diam kat belakang. Ammar tu sampai lepas seremban gak baru dia ngaruk nak susu ibu. So, kenalah amik bawa ke depan.

 Omeinya dia tido cenggini.. 

 Ni pulak tido berangkai..





 My cheeky Ammar.. hero hati ibu.. 

Kami balikd dari Johor ari ahad tu.. sempat lagi menyinggah ke Klebang demi Coconut Milkshake.. umak aiii sekali bila dah sampai, beratur punyalah panjang... aku heran gak, kt blog yang aku baca tu tulis ada tempat makan.. ni apahal beratur jer semua.. sekali cari blog lain pulak..ooo rupanya yang beratur panjang tepi jalan tu untuk bungkus punya.. mau makan kalu. masuk lorong belakang gerai tu.. Kat restoran dia pun ramai..kami disambut oleh pintu gerbang besar.. Original Coconut Shake.. perghh..serius memang ramai orang. Nak pulak time kitaorang sampai tu time lunch.. panas terik..memang orang mencari la coconut shake untuk membasahkan tekak..nak duduk pun kena tunggu turn habaq mai kat hampa.

 Tudia!! coconut shake ori punya.. hubby order 5 gelas.. tiga gelas aku yang punya. Nampak tak betapa pelahapnya aku disitu. Mengidam nak minum dari ngandungkan Ammar kot.. ni baru dapat. Segelas cuma RM2.40.. murah kan.. kan..kan.. baik korang gi cepat.. sedapp ooooo!!!

 Penuh dengan manusia yang dahagakan Coconut Shake Ori Klebang ni.. kalau korang nak gi, landmark dia, sebelah stesen minyak Caltex.


Lepas menjamu selera dan menghilangkan dahaga.. kami pun gerak ler balik.. sampai BBR kul 6.30ptg.. alhamdulillah...