penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Saturday, March 7, 2015

Ahmad Albab - Restoran Makanan Arab Paling Lazat

Assalamualaikum..

Tiap kali balik keje, dok lalu la kat SS7 nampaklah restoran Arab Ahmad Albab ni baru buka.. tapak kedai ni dulu Jendela Bali kot.. So, lepas amik hubby dan anak-anak, kitaorang pun nak test la makanan arab kat sini (anak beranak mmg minat makanan arab)

Nak pulak, tag line dia Makanan Arab paling lazat kan..harus la cuba. Interior restoran agak menarik.. selesa, bersih. 



 Cun kan interior dia.. :)

Tengok2 menu.. we all order la tiga menu berbeza dari segi nama.. Chicken Tawooq untuk anak2, chicken wrap untuk aku dan grill chicken untuk suamiku itu.. basic sume chicken coz balik Johor ari tu orang tu dah makan kambing banyak kan..:p

Tunggu punya tunggu, punya tunggu... air pun tak sampai lagi.. tgk meja sebelah luar tu, orang tu baru datang, tapi dah dapat makanan dah. Takpe bersangka baik.. dia maybe dan order awal2 through phone..datang makan jer. Tak pun, coz dia order nasi arab.. so cepat la dapat. 

Setelah hampir 20 minit menunggu.. dapatlah makanan dan air.. cer tengok..

 Chcken untuk hubby

Chicken Wrap untuk aku

Chicken Tawooq untuk anak2.. apa yang korang nampak.. tiga nama menu berbeza, namun bahan2nya sama jer.. and it takes almost 30 minute untuk siap. Basically semua sama.. just aku punya dia gulung, hubby punya ayam sekeping gitu.. anak2 punya ayam seketul2.. Rasa??? Sangat mengecewakan.. rasanya kosong.. kosong..kosong.. aku tak tau tang mana dia kata makanan arab paling lazat??? Kalau nak dibandingkan ni dengan restoran D'arab Cafe dan Hanoon Al Arab kat area rumah aku tu.. memang jauh la.. dua restoran tu much better dari yang ni. Serius amat mengecewakan.. chicken not juicy at all.. kering..semua kering... Dari 10, aku boleh bagi 3 jer kot..kejam??? Yes I am..and semua ni cost around RM50++. Pada aku agak mahal coz presentation dan rasa amat mengecewakan.. kalau presentation tak cantik mana, tapi rasa amat mengujakan.. i don't mind bayar mahal pun. Anak2 pun makan tak habis.. amik kentang dua tiga ketul jer.. amat membazir disitu.

So, that's my review on Ahmad Albab Restaurant.. sorry tauke Ahmad Albab.. for me, you kena improve lagi dari segi rasa dan kepelbagaian makanan ni.. But lain orang lain pandangan.. if you all rasa ok, don't blame me. This is my point of view, tekak I tak sama ngan uolls.. yang belum pernah try, not suggested order these three menus.. titik!

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)