penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Saturday, March 7, 2015

Ammar Masuk Hospital!

Assalamualaikum...

Setahun dok ngan ibu, demam rasanya sekali jer kot..tu pun soknya dah baik. Bila dok taska, sebulan dua tiga kali demam.. hmmm... sedih! Bukanlah maksud nak salahkan taska.. tapi on my side, memang kena kerja keras la nak kuatkan antibodi anak ni. 

13 Feb lepas Ammar admitted kt KPJ Klang due to high fever dan chronic asthma. Kisah bermula, dia dah demam on off dua tiga hari sebelum tu. Bagi ubat, ok. then demam balik. So, abah terpaksa cuti dan amik MC untuk jaga dia since ibu kan on probation period lagi. Nak amik cuti bukan tak boleh, tapi not nice la kan. Badan di ofis, hati ingat anak dirumah.. rasa bersalah juga, tapi apakan dayaku.. Maafkan ibu ya Ammar. So, petang Khamis 12 Feb tu abah amik ibu balik keje. Bawa semua anak-anak la. Bila masuk keta jer, rasa badan Ammar panas. Dia nafas pun denganr kuat jer.. bunyi ngrok ngrok.. uish..makin kuat ni! Balik terus singgah klinik peberet kitaorang, Klinik Lee.. beberapa langkah jer dari kawasan umah ni.Doktor dan nurse kat situ memang dah kenal sangat dah ngan kitaorang haahah... So, kena lah amik neb malam tu. Lepas neb doktor kata tak ok gak lagi. Sok pagi kena wat neb lagi skali. 

Balik umah, fikir-fikir sok amik EL jelah since abah pun dah tak boleh cuti dah. Malam tu memang tido-tido ayam jelah coz Ammar meragam jer, dia tak boleh tido. Esok pagi lepas hantar anak-anak gi skolah dan hubby gi keje, aku pun bawalah Ammar gi klinik. Sebelum tu dah call boss dulu bagitau nak amik EL. Segan giler rasanya, probation lagi dah EL. But alhamdulillah.. bos sangat memahami.. katanya dia pun ada anak and dia sangat faham keadaan aku. Gi klinik, wat neb lagi. Lepas neb doktor cek still xde improvement. Terus doktor wat surat refer hospital. Aku pun call hubby bagitau anak kena masuk hospital ni. Nak gi hospital mana? Dia kata gi KPJ Kajang jer coz dekat ngan umah dan tempat keje dia. Aku pulak, balik terus kemas baju aku dan Ammar. Settle semua terus gi ofis hubby amik dia dan GL, then straight gi hospital. 

Kat hospital, kena jumpa doktor kat klinik pakar dulu. Kami diberi Dr. Vanitha, pakar kanak2. After check doktor cakap nafas Ammar laju, demam dan kahak sangat banyak. Dia kena admit. Aku ingat masuk wad biasa, rupanya terus masuk ICU.. aduhaiii sian la awak Ammar.. ikut jejak kakak Qaireen gak. While tunggu urusan nak masuk ICU tu, kami dok kat bahagian emergency dulu. Hubby tak boleh tunggu lama coz kena balik ofis, so aku la berdua ngan Ammar. lepas amik darah dan ubat line kat tangan untuk masuk ubat.. Kena bawa Ammar gi x-ray.. then tunggu lagi. Dalam masa menunggu tu Ammar memang kena neb tiap jam dan on oksigen sentiasa.. dalam kul 4 ptg baru aku ditolak bersama Ammar diatas katil ke ICU. Anak masuk wad, ibu pulak yang kena tolak atas katil. memang tak berjalan langsung la aku Masuk ICU, diangkat letak atas katil kat ICU.. aku pegang Ammar yang tengah masuk oksigen tu. Kalau dulu masa Qaireen memang mental aku down gila.. kes Ammar ni aku lebih bersedia.. sedih tapi tidak lah seteruk macam Qaireen dulu. Satu bilik, kami berdua jer.. nurse yang jaga sampai 5 orang.. Jap2 kang masuk cek itu ini.. Ammar sampai nampak baju biru jer terus melalak even nurse tu tak buat apa pun kt dia. 

 Emergency room.. neb 3 kali non stop


 Emergency room: Tunggu urusan nak masuk wad. Neb tiap jam dan oksigen on 24 jam..


 Dah pindah masuk ICU/HDU room.. wayar berselirat sana sini.. kepenatan dapat al dia tido jap

 ICU/HDU room: Subuh hari.. sedap tido.. tiap jam nurse datang bagi neb..ibu tak larat tahan mata dah.. plus keletihan sampai tak boleh bangun dah bila nurse datang bagi neb.. tido2 ayam ni memang pening coz jap2 tgk wayar berselirat tu dah berbelit kat leher dan badan dia.. 


 Bangun awal.. tak sempat ibu nak gi mandi.. tunggu turn nak makan.. lapar tu.



 Inilah bilik kami untuk satu malam.. masa doktor round tengahari tu, dia cakap macam dah ok sikit.. so, aku pun merayu la kat doktor untuk kuar gi wad biasa.. dok ICU ni, hubby just boleh datang time melawat 12.30 hingga kul 2.00ptg jer.. at least kalau gi wad biasa tu, dapat la aku jumpa anak2 skali.

 Menu kat ICU.. huhuhu..

 Ni dah kat wad biasa.. jangan tak caya boleh pegang neb sendiri ni.. tapi skali ni jelah.. next nextnya.. jenuh peluk grip kaki tangan semua nak bagi neb. Kalau harap aku sorang pegang dan bagi neb kat dia alamatnya sampai kesudah tak habis.. so, aku tukang pegang kaki tangan kepala.. nurse tukang pegang topeng tu.. (erk.. betul ke orang panggil topeng benda alah tu.. janji paham dah..)




 Getting better.. cewahhh bangun pagi breakfast dulu sambil tengok tv...layannnn

 



 dah penat tgk tv.. tido balik.. 



 Bilik "penginapan" kami.. at least kat wad ni ada tv.. takdelah Ammar boring.. heheh.. kat ICU mana ada TV.. tu yang dia asyik nak berdukung jer.. 

 sian la hai anak ibu. malam mmg ibu asyik dok betulkan corong oksigen tu jelah.. jap2 kan dah salah parking.
 
 Dah sihat.. semakin sihat.. 
Gambar bawah: Dapat baby cot coz nurse cakap dia dah mula melasak.. risau jatuh katil. Teruja ler tu!!!







 Boring dok dalam bilik, bawa dia gi main2 jap kat playroom. Uishh suka.. menjerit-jerit suka hahahha.. line kat tangan lum leh buka. So, nak pegang benda2 susah sket la.

Bawah: Day 5
Abah datang awal sket ari kelima tu.. Abah amik cuti.. so, lepas Ammar breakfast, doktor round.. Alhamdulillah.. dapat discharge dah. So, sementara nak tunggu urusan insurans dan discharge document disediakan, bawa Ammar gi playroom lagi. Main puas2.. dia jer conquer kt situ. 



 Dah penat main, balik mandi... lepas tu kasi dia bermanja ngan abah puas2.. tengok dah tertido dah.. heehe

 Tengahari, lapar la pulak.. Ammar dah makan. ibu abah lum lagi. So, bawa lah dia gi kafe kat bawah tu.. pekena mee kari ngan air sirap.. alhamdulillah.. kenyang!



 Dalam kul 4 lebih baru kitaorang leh balik.. Finally... dapat balik rumah.. home sweet home.. tapi balik jer umah dah macam tongkang pecah! hahah.. tiap rumah memang memerlukan perempuan kot. Tapi aku tau, laki aku tu bz ngan nak urus anak dan kerja lagi..memang tak sempat nak kemas umah. Tq yang... tolong basuhkan semua baju dan sidai :)

Moga Ammar akan terus sihat walapun kena guna inhaler sehari dua kali selama 6 bulan.  To all staff, nurse dan doktor di KPJ Klang especially bahagian wad Pediatric.. terima kasih atas layanan baik anda semua.. :)




No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)