penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Sunday, May 10, 2015

Happy Mother's Day!!

Assalamualaikum..

Selamat Hari Ibu pada ibu-ibu diseluruh dunia.. korang semua ohsem!! Bukan senang nak jadi ibu.. terlalu berat tanggungjawab seorang ibu.. ibu bukan sekadar seorang wanita yang melahirkan anda.. malah dialah nurse, maid, teacher, tukang masak, kaunselor dan banyak lagi yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.. menjadi seorang ibu menuntut banyak kesabaran dan pengorbanan.. Macam aku skang.. korban waktu tido.. skang ni tiap malam Ammar akan jaga kul 2 or 3 pagi.. mengaruk, menangis.. nak susu.. kenkadang berlarutan hingga kul 4 pagi.. then aku memang dah tak tido balik coz nak siapkan bekal anak-anak pulak. So secara purata ibu cuma tido 3 jam jer sehari.. but then.. still boleh hadapi jem di federal highway untuk ke tempat keje.. bekerja.. dan melalui tugasan harian hingga sangkak kul 11 or 12 malam baru lelapkan mata kembali. Dan yang 3 jam tulah rehat ibu.. 



Ni kad hasil kerastangan Qaleesya dan Qaireen.. dapat Jumaat lepas.. tima kasih anak-anak ibu.. so sweet.. i love all you soo much walau ibu ni garang hahaha.. but u all know that I love you right.. 

Selamat Hari Ibu to my mom Pn. Rafeah Murad.. i love u mak.. sepenuh hati. Terima Kasih atas segalanya.. To my mom in law.. Pn Aminah Abdul Rahman.. Terima kasih diatas kasih sayang ibu.. Liza love ibu tooo.. to my sister, Ku Salina Ku Sulong.. my sis in law Saharina Hashim, Rohana Rashid dan Deeja Idris dan Aida Idris.. Happy Mothers Day...

Bekal untuk Anak-anak..

Assalamualaikum.. 

Masuk bulan May ni, azam baru nak sediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah tiap pagi. Bekal ni memang diaorang yang request.. so antara menu yang ibu buat, meehun goreng, baked pasta, roti telur cheese, sandwich daging cheese etc.. Antara menu yang sempat di snap.. gigih bangun kul 4pg nak siapkan bekal coz kul 6.30pg dah nak kuar.




 Penkek buat sarapan.. Qaireen asyik panggil penkek ni honey honey.. hahahhah...

Ni pulak lobster grill cheese.. lobster yang jiran sebelah bagi all the way from Sabah.. dappp ooooo... Thank you Milla Adnan... 

Ok.. tu jer nak citer.. bye korang..

Gelagat anak-anak nak berselfie..

Assalamualaikum..

Permata hati.. dunia akhirat. ibu sayang kamu semua ketat-ketat!!!

 Imam muda Megat Ammar Hadif.. ibu doa besar nanti Ammar jadi seorang Ustaz..


 Bakal doktor in the house.. insyaAllah...



 Ni tak sure lagi nak jadi apa... jap dia nak jadi Doktor.. jap dia nak jadi ustazah.. moga Qaireen jadi Ustazah.. amin...

 Ibu with no make up.. balik keje ni..






 Tiga dah anak ibu..Qaleesya nampak dah cam gadis dewasa kt gambar ni hehehe..



Buh bedak putih2. pastu buat iklan Qu Puteh.. baru lah putih..

Baking bersama Qaireen..

Assalamualaikum...

Because of banyak cerita yang dah basi, aku dah lupa bila tarikh kejadian ni.. Cuma petang tu rasa, aish.. lamanya tak baking. Rasa nak makan muffin la.. yang simple2 pun jadilah.. so, buka buka resepi.. jumpa resepi Vanilla Muffin Cip Coklat mudah ni. Apalagi, tengok bahan sume ada.. kita terus buat lah.. 

Pembantu kecik ni tetiba rajin nak tolong. Bagi lah dia tolong.. kang tak diajar dari kecik, besor jadi anak dara pemalas pulak. 



 Letak badam sket sebagai hiasan.. baru makan rasa crunchy2 sket.. dap ooo... Dah masuk oven, asyik ulang tengok dan tanya bila nak masak.. hahaha.. best gak buat aktiviti ngan anak2 rupanya.. cer korang try.. boleh mengeratkan lagi kasih sayang.. and something yang diaorang akan remember sampai besar. InsyaAllah.. our bonding time..

Muka puas ati muffin dah masak :)

Aifa E-Day

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah.. tanggal 5 April 2015 lepas berlangsungnya majlis pertunangan anak sedara aku, Puteri Aifa Yusra dan Rafiqi di rumah kakak aku kat Sunway. Dah besar anak sedara aku.. jap je aku rasa. Aku rasa dia still cam my baby girl lagi.. 

Mak, abang2 dan adik dari Langkawi semua datang KL except for ayah. Ayah dah tak larat nak jalan jauh. So, dia tinggal ngan anak-anak abang aku kat Langkawi. 






 Persiapan majlis pada malam tu berjalan lancar coz banyak tenaga keje hahah.. majlis buat kat dewan dalam kawasan kondo kakak aku tinggal ni. 




 The hantarans.. prepared by kakak aku nyer sis in law..

 Sementara majlis nak mula.. amik kesempatan posing dulu ngan anak-anak.. since tema color krim.. aku yang xde baju cream ni.. hentam saja pakai baju akad nikah aku dulu.. hello it's still fit ok even i dah anak tiga.. (motifnya apa tu??? ahhaha... ). Moral of story.. lebih baik sewa jer baju akad nikah. Kalau buat, ginilah jadinya.. first pakai tahun 2008 masa akad nikah.. second time pakai time 2015..selepas hampir 7 tahun k...hmmm.. sayang ke baju..jadi penghuni almari jer.




Cake was sponsored by me.. order from my fren yang buat besday cake Qaireen tu.. Red Velvet uollss.. atas permintaan orang yang nak bertunang..

 With my sis in law dan anak sedaraku nisha..

 Hero ibu seorang ni.. simple baju nikah.. manik2 jahit by my kakak yang anak dia bertunang ni lah.. 

 Family



 Sesi perbincangan sedang bermula..



 Officially sah menjadi tunang Rafiqy

 kebetulan baju kakak aku dan mak Rafiqy pun sama color.

 My mom bertudung coklat.. abang yang pertama berbaju kotak.. adik bongsu ku bertudung purple.. kakak ipar.. anak buah, nisya dan Faris (yang macho berjubah dan bercermin mata tu)


 Cepatnye awak besar.. 7 tahun dulu awak jadi pengapit makcik dihari akad nikah makcik.. now awak dah jadi tunang orang.. tahun depan tukar status jadi isteri orang.. 

 


Bersama tunang, Rafiqy.. mak ayah masing2.. 


Okay, di atas adalah gambar kurang berkualiti dari kamera phone cap ayam aku.. di bawah gambar lebih clear dan cantik.. ;)














Selamat bertunang Aifa dan Rafiqy.. Moga segalanya berjalan lancar.. bertemu lagi kita dimajlis perkahwinan bulan 3 tahun depan.. insyaAllah.. moga hubungan ini diberkatiMu Ya Allah.. amin.