penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Friday, May 8, 2015

Jom pergi Zoo!!

Assalamualaikum..

Cuti panjang ni korang gi mana? Since kitaorang dok sini jer, takde bercuti or balik kampung. So plan la sket aktiviti untuk anak-anak.. kang bosan pulak empat hari dok umah jer. Maka meh la kita buat lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Ni kira kali ketiga aku gi Zoo seumur hidup ni.. First gi masa kat UiTM. Second time ngan en. somi.. that time lum dapat anak lagi.. now gi bersama tiga anak pulak.

Bangun awal pagi tuk prepare bekalan makanan ke sana. Aku buat sandwich telur sebekas besar.. wat nasi goreng dan masak bubur untuk Ammar. Dalam kul 9.30 pagi kitaorang gerak ke sana. Anak-anak sangat teruja la kan.. sibuk dari malam nak tengok gajah, harimau, zirafah, badak sumbu.. bearbearuang (itu Qaireen yang pronounce cam tu bagi Beruang ahhahah).

Sampai ke Zoo Negara dalam kul 10.30 pagi.. umakkk aiii ramainye manusia. terpaksa parking kat tepi jalan menghala ke Kemensah Heights sana.. kira masuk dari pintu belakang terus ke main entrance. Syukur tak lama nak beli tiket. Total harga tiket untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak (ammar tak perlu tiket) adalah RM86 lebih termasuk GST. Haisshhh.. tak habis2 GST! Dah pakai tag gelang semua, terus la masuk.. elok masuk jer kat main entrance anda panda!!! Tapi bukan panda betul, maskot panda jer. Sibuk photographer panggil bergambar.. percuma katanya.. Yes.. amik gambar memang percuma, nak gambar tu ko kena bayar la kan.. ada lagi ke yang percuma zaman GST ni?? Kami menolak secara baik.. terus ke booth customer service, beli map. Kang sesat pulak.. misi utama nak bawa anak-anak tengok haiwan kegemaran mereka.. Harga map RM1.  Pegawai customer service tu suruh menghala ke kanan dulu coz kul 11pg ada show. So, on the nak ke auditorium tu, sempat la melawat monyet, ungka dan yang sewaktu dengannya.. Then proceed ke bahagian children world pulak.. sini ada kuda kerdil, arnab, tupai etc.. sempat ler tgk2 kuda tu jap..




 Show ada singa laut.. burung bangau ke? aku pun tak pasti.. hahaha.. burung.. paling best tengok singa laut beraksi la.. gemukss.. comel jer bila dia bertepuk.

Cik penguin.. dok dalam kawasan kaca.. lahai.. kecikk je awak ni. tapi tetap comelll


muka happy dapat tengok real animal


 Qaleesya teringin nak pegang rusa ni.. tapi bila rusa datang dekat, takut pulak dia haahah..

 Ammar sibuk tunjuk Kangaroo.. tak payah nak gi Ostolia nak tengok Kangaroo nak oiii.. kita tengok kt key ell jer..

 Dah habis jelajah kat site tu, bergerak ke arah kawasan beruang pulak.. omakaiii memang besor ko beruang.. tapi macam comel jer.. berpusing2 dia kat dalam air.. tak dapat snap gambar..

 Pastu kita gi tengok Seladang pulak.. memang besar.. sekor ni mau leh kenduri dua kampung kot.. gila banyak isi Sang Seladang ni..aku tengok pun gerun.



 Dah penat jalan.. kita berhenti minum dan isi perut jap. Memang habis la sebekas sandwich telur tu. Pada yang nak gi, better bawa makanan sendiri. Bukan per, makanan minuman kat dlm zoo ni memang mahal melampau. Setin air RM4.50, burger ayam jer harga RM5.50.. hmmm.. kita orang bawa air berbotol2 pun habis gak.. maklumlah panas, pastu berjalan seluruh kawasan zoo.. dahaga oiiii... singgah beli satu air mineral, dua air 100 plus, dua milo RM18 hokay...

 Perjalanan diteruskan dengan melawat tapir yang pemalas ni.. tido jer kejenya.. memula aku ingatkan kandang jer, tapir takde. Rupanya disitu dia bersembunyi..sian dia panas kot..cari tempat sejuk nak tido.

 ada ostrich.. hmmm.. tapi tak boleh naik yer..

 Zirafah dan Zebra..


 Ammar excited sangat tengok Zirafah dan kuda belang ni.. bila balik umah, dia buka buku dan asyik tunjuk mana binatang yang dia tengok kt zoo termasuklah zirafah dan kuda belang ni..


 Budak berdua ni dah penat jalan.. ada lagi yang tak snap adalah gambar badak sumbu dan badak air.. Qaireen la yang nak sangat tengok badak2 ni..

 Si Cougar..mencari air coz kepanasan..






Puas ati dapat bawa anak jalan2 ari tu.. dari kul 11 sampai kul 4 petang baru kami kuar dari zoo.. tu pun dah hujan renyai-renyai.. Alhamdulillah dapat tunaikan impian anak-anak nak gi zoo..selalu masuk zoo johor jer.. hik hik hik..Penat Allah jer tau.. on the way balik, anak-anak dah tertido kepenatan.. Untung kanak-kanak zaman skang.. kecik2 dah masuk zoo.. ibu dulu umur 20 tahun baru dapat jejak kaki pertama kali ke zoo negara hahaha...

Ok, bye.




No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)