penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Saturday, May 2, 2015

Qaireen Turn 4!!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. budak banyak akal ni dah genap 4 tahun pada 26 April 2015 ari tu. Syukur Ya Allah Kau pinjamkan dia selama 4 tahun ni.. moga Kau pinjamkan dia lebih lama untuk kami. Amin.. Sempena birthday Qaireen tiada apa yang ibu dan abahkan harapkan selain dari Qaireen menjadi anak solehah yang taat pada perintah Allah, anak yang elok akhlaknya, cerdik akalnya, mendengar kata, lembut hatinya.. Moga Qaireen sentiasa sihat dan berada dalam lindungan Allah selalu.. Doa ibu abah moga Qaireen berjaya dunia dan akhirat.. 

Beberapa bulan dari tarikh besday, dia dah siap request nak kek Minion.. ok ibu take note. Tapi beberapa hari sebelum besday, dah tukar ke kek Frozen pulak.. sib baik ibu confirmkan balik. So, ikutkan jelah kehendak besday girl ini. We prepared some goodies bag untuk diberikan pada kawan-kawan di skolah Qaireen as dia nak buat besday kat skolah kan.. bagi stationery dan makanan sket.

So, hari yang dinantikan pun tiba. Since 26hb tu ari Ahad.. kami plan buat birthday dia ari Selasa coz ari tu jer ibu abah dapat amik cuti. Pepagi selasa tu antar diaorang gi school.. ibu abah terus gi amik kek yang ditempah kat Kg. Delek, Klang. Ibu tempah dari kawan ibu Auntie Sarina. Alhamdulillah.. tercapai hasrat Qaireen nak kek Frozen. This time, ibu tak dapat wak kek sendiri dek kekangan waktu. Jomla kita tengok gambar sekitar majlis yang berlangsung pada 28 April ari tu.



 Qaireen sangat happy tengok kek ni.. tapi dia malu-malu pulak masa nak potong kek.. katanya malu coz semua orang tengok dia.. hehehe...


 Fefeeling princess.. eh dia memang princess apa.. nama pun Puteri Qaireen Hafiyya kan.. hehehe


 With kakak yang sangat happy that day coz ibu abah datang skolah






 See senyum pun tak nak coz malu..

 Our small big family.. Ammar xde coz taska berlainan..


 They enjoyed the cake..

 Bithday girl pun makan kek banyak juga.. :)

 Anak-anak dara ibu.. moga kalian dilindungi Allah selalu..amin.

 With kawan-kawan diaorang yang sporting habiss!!


 Okay.. Qaireen dan Qaleesya dah tenggelam dek kawan-kawan.. hahaha..

Always be my baby girl..


Anak-anak syurga..

Ibu abah happy sangat dapat tunaikan permintaan Qaireen walau celebration ni cuma kecil-kecilan.. at least ada memory untuk Qaireen sepanjang pertambahan usia.. yang boleh Qaireen tengok dan kenang. Terima kasih to all teachers yang memberi kerjasama yang sangat baik. Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan kalian.. Cikgu Nadia, Cikgu Balqis, Cikgu Siti, Cikgu Nurul dan Cikgu Sinta...

Lepas habis event.. ibu abah amik peluang gi dating berdua kat IKEA... hahaha.. tempat curlasss sangat kan.. sebenarnya ibu yang teringin nak makan meatball. Kalau gi ari cuti sure ramai.. tapi gi ari keje pun ramai org gak.. but at least kitaorang tak payah tunggu lama. Dating berdua sekali sekala best gak.. banyak benda dapat dibincang dengan tenang.. hehehe..

Nyum.. lazat baq ang... ok update ni dulu.. moga ada masa untuk update beberapa lagi event yang  berlaku dalam family kami soon.. ari ni nk bawa anak2 gi zoo.. kami tak balik kampung, so cari aktiviti yang best untuk spend masa ngan anak-anak.. ;)

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)