penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Friday, May 8, 2015

Thank you Continental!

Assalamualaikum..

Awal bulan 4 ari tu, aku MC.. hari Khamis tu dah start selsema.. pastu gatal plk gi kemas library.. aku ni mmg, kalau agak2 keje aku dah settle.. aku tak boleh dok saja.. tu yang gatal tangan gi kemas library opis dan all cross section aku buang. Tengah kemas, GM aku datang tolong.. GM hokay!!.. GM aku memang down to earth. Respekkk!! Then, asyik bersin jer, sudahnya aku tinggalkan GM kemas sorang2 hahahha.. tak guna jer staff.. serius aku dah tak boleh tahan time tu. Tengok jam baru jam 4 petang.. huii lambat lagi nak balik.. sejam lagi ni. Pastu dah start dah hidung berair.. kepala sakit.. last2 GM aku tanya.. aku ni kenapa? Aku cakap selsema, aku nak balik awal. So dia kata 4.30 kang balik la.. apalagi tepat 4.30 aku cabut... 

Esoknya.. Jumaat membawa ke Isnin depannya kau MC.. dari selsema jadi demam.. sakit satu badan.. Sampailah aku boleh terlupa yang aku dah arrangekan owner apartment ni untuk jumpa expat dari German, nak handover kunci apartment. Pagi Isnin, aku bangun kul 5 pagi.. aku tengok ada whatsapp dari owner apartment yang dia dah tunggu sejam kat apartment tu hari ahad tu.. tapi si Juergenn ni tak muncul gak.. habislah.. aku dah tak senang duduk.. nak gi keje tak larat.. lambatnya nak tunggu GM aku masuk opis, aku nak minta no phone Christian nak tanya Juergenn tido mana semalam. Risau weih.. kang mamat tu merempat lak kat lobby apartment takde tempat nak tido.. Once dapat call GM, bagi tau dia aku still MC, minta no. Christian skali.. so dapat contact Christian dia kata Juergenn ok.. dah dapat kunci. Lega ati aku.. petang tu, dapat Whatsapp dari opis kata ada apartment expat lain yang sinki tersumbat..so, aku arrangekan owner cari contractor untuk repair secepat mungkin. Kiranya aku MC sambil bekerja dari rumah dengan menggunakan hp buruk aku ni.

Hari Rabu.. sejam sebelum balik. Christian panggil aku masuk bilik GM. Aku pun dengan hati tulus masuk la.. dia ckp jap jer.. 5 minit jer.. Aku tak syak apa2 ni tau.. GM aku senyum2.. Christian pun senyum2.. aku ingat diaorang nak bagi task apa lah kat aku ni. Rupa2nya nak bagi ni >>>>

 RM100 voucher Aeon as token of appreciation 

Dan surat ni.. (tengoklah selalu aku yang buat surat untuk bos, bila bos sendiri buat surat untuk aku.. tahun pun boleh salah.. backdated tahun 2014 hahaha )

Serious wei aku memang tak jangka ni semua. Speechless.. then lepas tu aku cakap kt Christian aku tak nak amik as aku buat semua tu sebagai salah satu keje aku. Dulu masa kat JC pun aku selalu keje dari rumah time cuti dan MC.. Vice President aku bukan kesah pun aku sakit ke tidak, yang penting keje dia settle.. Jadi mungkin work culture tu aku dah terbawa ke Continental..pada aku biasa jer. Tapi pada diaorang aku dah put extra effort to settle all problems walau masa tu keadaan aku tak mengizinkan. Memang muka aku panas time tu.. rasa semua darah naik kemuka.. nak nangis pun ada.. but I manage tahan air mata dari kuar. Diaorang paksa aku amik juga.. Alhamdulillah.. aku anggap ni rezeki dari Allah ditengah bulan. Terima kasih Allah.. aku keje seikhlas hati, Allah beri aku ganjaran yang tak disangka2..

Semakin bermotivasi nak bekerja dengan lebih gigih dan ikhlas kerana Allah.

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)