penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Sunday, June 14, 2015

Ammar masuk hospital lagi - Part 1

Assalamualaikum..

Hari ni aku agak keletihan coz semalam baru discharged dari hospital. Ya.. Ammar admitted lagi. But this time kat KPJ Selangor. Dari balik malam semalam, aku banyak tido jer.. belakang sakit, tangan sakit.. pendek kata satu badan sakit.. memang rasa nak demam. Sejuk satu badan... pagi ni pun bangun rasa pening, loya..membawa ke petang.. tapi dalam tak sihat ni pun, still gak kena kemas rumah coz dah tinggal seminggu. Rumah dah macam kapal pecah layaknya. 

Berbalik kepada cerita Ammar. Kisah bermula hari Khamis (4/6/15), aku amik Ammar dari taska.. cikgunya kata Ammar dah muntah dua kali sejak lepas mandi petang tadi. Aku tak syak apa2 la coz tengok dia cam ok jer. So, lepas amik kakak2nya..bebudak tu nak gi main. So, aku bawa la ke Giant yang 10 minit dari rumah tu. Kat Giant ada indoor playground memandangkan nak hujan. Baik main kat situ jer. Hubby lum balik lagi.. Masa kat Giant tu, aku nampak Ammar tak happy jer. Bagi naik keta yang ada music bergerak tu pun tak happy.. monyok jer. Ajak bebudak ni balik, of course la tak nak coz ngah sonok main. So, aku dukung jelah si Ammar.. kat luar memang dah hujan lebat siap kilat guruh bagai.. ngah2 dukung tu sekali Ammar muntah lagi.. habis atas lantai Giant tu. Aku apalagi, cepat2 panggil anak2 ajak gi tandas. Tudung aku dah kena muntah Ammar gak.. basuh2 muntah tu terus ajak anak2 balik. Masa kat dalam keta dia merengek2.. aku ni fikir nak balik or nak dok dalam keta dulu. Dia nak menyusu.. So aku breastfeed dia dulu.. Menyusu tak sempat 10 minit, dia terus muntah lagi.. this time memancut2.. ngan aku dan Ammar dua-dua mandi muntah.. habis baju ngan seluar aku. Terus call hubby.. hubby dah nak sampai rumah. Dia suruh terus balik bawa Ammar ke klinik.

Sesampai kat umah, tengok hubby dah tunggu. Aku bawa Ammar naik atas, tukar baju then terus kuar ke klinik. Doktor cakap Ammar salah makan or jangkitan dari kawan2. As dia takde cirit birit..so doktor just bagi ORS dan ubat angin jer. Balik umah, Ammar dah tak nak makan.. minum pun tak nak.. lembik dah my hero tu. Bagi ORS yang dicampur ngan air, dia minum sket jer.. mana ada budak nak minum ORS tu. Kat rumah dia muntah lagi.. banyak kali.. then start cirit. Aku suruh hubby gi klinik untuk dapatkan surat rujukan ke hospital. Memang malam tu Ammar muntah banyak kali.. tak terkira dah.. dah pack2 baju, tengok dia tido nyenyak.. cam kesian pulak nak ganggu tido dia. So we decided tunggu sampai esok.

Jumaat 5/6/15, aku amik EL.. saja pantau dia dari rumah. Tengok dia macam ok.. tak muntah2 lagi dah.  So, aku bawa dia gi KFC.. kot dia ada selera nak makan kan.. Order kan bubur untuk dia.. 



Berselera dia makan bubur tu.. habis! Lepas makan, bawa dia gi skolah agama nak daftar skolah agama Qaleesya. Settled kat situ terus balik rumah.. kiranya jumaat tu, kami jalan berdua jer.. Qaleesya Qaireen hantar ke daycare. Balik rumah dia ada cirit gak.. aku tak expect apa2 lagi since dia nampak cam ok sket.. petang tu memang mengulit ngan dia jerlah..Malam tu dia ada muntah lagi.. then cirit birit lagi.. dia dah start cam lemah sket.. kitaorang decide, esok pagi mmg kena bawa ke hospital gak. 

To be continue...

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)