penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Sunday, June 14, 2015

Ammar masuk Hospital lagi - Part 2

Assalamualaikum..

Meh sambung citer.. Sabtu 6/6/15 lepas breakfast, terus bawa Ammar ke klinik lain plk untuk dapatkan referral letter yang baru. Call klinik company untuk dapatkan GL ke KPJ Selangor as KPJ Klang company tak cover (new hospital kan..). Dalam kul 11 pagi kitaorang sampai hospital. Terus ke bahagian kecemasan. Ammar dah tak muntah, tapi masih cirit. Lepas jumpa doktor.. doktor advise buat blood test. Result blood test takde yang abnormal sangat.. but as dia still cirit birit and warna taik dia dah bertukar hijau.. doktor suruh admit. Kul 12 lebih masuk wad 4A bilik 409. Nilah bilik kami selama 6 hari di KPJ Selangor.. Bila dah masuk bilik.. Ammar start muntah lagi.. cirit birit toksah citer la.. ganti diapers cirit lagi.. muntah banyak kali.. start water drip coz dia tak nak makan or minum.. hanya nak breastfeed jer. Ammar disahkan mengidap Rotavirus.

keletihan.. tak makan, tak minum.. muntah cirit banyak kali.. sian my hero.. lepas masuk water drip nampak dia ok sket.. 

Ahad 7/6/15, Ammar nampak cam ok sket.. dah boleh makan walau sekeping biskut.. 




 bangun pagi, makan biskut.. tengok tv.. ibu hope cepat la sembuh walau masih cirit lagi.. muntah dah kurang hari ni.
lepas mandi, merajuk kena minum air bercampur ubat untuk cirit birit.. heheh comel jer..


Isnin 8/6/15, he is getting better.. cirit dah kurang,demam pun dah kurang.. so, doktor kata tunggu cirit dah takde.. najis dah pekat sket, boleh balik.. hati ibu berbunga2 :)

Selasa 9/6/15, Ammar bangun awal.. makan cereal.. berselera.. ibu tengok cam bertambah-tambah baik.. lepas makan Ammar rehat. Pastu nak minum susu ibu.. ibu rasa badan Ammar panas membahang.. minum susu pun terasa mulut dia panas. Aik takkan demam lagi kot.. nurse datang cek temperature.. 39.4!! amik ko!! Apsal tetiba suhu naik mendadak ni. Terus nurse masukkan ubat ikut bontot.. Ammar pun start merengek jer nak berdukung.


Tengahari kakak aku datang melawat.. bawa bubur untuk Ammar. Aku suap pun tak nak makan gak.. hmmm naper ni. Tadi pagi ok jer selera dia. Masa ngah sembang2 tu.. Ammar nak menyusu. Aku pun bagi la susu.. sambil sembang, sambil menyusu aku usap2 tangan dia.. sekali rasa aikk apsal tangan yang water drip tu keras.. tengok dah bengkak sampai ke siku dah.. kelam kabut panggil nurse.. nurse datang terus ckp, block  air tak masuk.. terus diaorang buka line tu.. amik air garam celup kain terus balut tangan Ammar. Aku dah panik gak.. aku tanya nurse naper leh jadi macam tu.. sorang pun tak menjawab soklan aku.. 

 Dah macam apa dah tangan Ammar.. Doktor datang petang tu, cakap takde apa2. Bengkak akan surut dalam masa 24 jam. Ok, kita tengok.. sabar.. sabar..

Ammar start demam on off.. sangat merisaukan.. so, aku dah nampak cam esok memang tak boleh kuar wad ni even cirit Ammar dah takde. 

To be continue...


No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)