penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Sunday, June 14, 2015

Ammar masuk hospital lagi - Part 3

Assalamulaikum..

Rabu 10/6/15.. Ammar bangun pagi nampak cam ceria jer.. demam takde pagi tu. Tangan still bengkak tapi aku tengok dia aktif jer..makan ok.. main2 semua. Hati cam sedap sket.. insyaAllah boleh balik kot.. Doktor datang pagi tu tengok.. dia kata masih bengkak lagi..so, KIV sampai petang tengok keadaan tangan dan demam dia. 



 Bawa dia gi kafe hospital.. belikan kuih dan air milo. Suka tak terkata. Yelah asyik terperap dalam bilik jer.. apa pun tak boleh buat. 




 dari siku ke pergelangan tangan masih bengkak tapi dah kurang sket la..


Anak ibu yang soleh.. siap solat lagi padahal ni baru kul 12 lebih.. hehehe

Dalam kul 1 lebih suhu bandan Ammar naik balik ke 38.6. Sekali lagi masuk ubat ikut bontot. Dalam kul 3ptg doktor datang.. cek tangan Ammar.. aku tanya lah naper bengkak tak surut2.. kat belakang telapak tangan tu keras merah..tangan dia pun rasa panas jer yang belah bengkak tu.. (sebelah kanan). Aku tanya doktor apa sebab jadi macam ni. Doktor cakap, actually ada darah tersumbat.. so lubang masuk air tu block. Air tak dapat masuk then merebak kebawah tisu kulit sebab tu tangan Ammar bengkak Ini tak sepatutnya berlaku coz nurse should check which is flush bila nak masuk ubat dan cek water drip tu selalu. Now tangan Ammar dah kena infection sebab tu dia asyik demam.  Harapan nak discharge musnah sama sekali. Then doktor bagitau yang Ammar maybe kena on antibiotik as dah ada infection. Diaorang nak buat blood test nak tengok darah putih Ammar dan CRP untuk keradangan. Hati aku dah bercampur baur.. marah, geram, sedih, sebak.. dah la sorang2 nak harung semua ni..Aku terus nangis.. aku tak peduli dah malu ke doktor or nurse.. apa nak jadi ngan tangan anak aku ni.. tangan kot!

Doktor ajak ke bilik rawatan untuk amik darah dan buat line. Lepas amik darah.. doktor cari line kat kaki Ammar as tangan dah tak boleh.. sebelah kanan dah bengkak. Sebelah kiri dah try masa nak admit aritu memang payah nak dapat urat. So, kaki jelah yang tinggal. Try kaki kiri kuar masuk tak dapat urat.. Ammar ni dah menjerit, melaung melalak panggil ibu sambil jerit "aduh.. aduh..". Ini moment yang aku kalau boleh nak elak coz aku memang tak tahan.. Ammar nangis.. aku pun nangis sekali.. Then doktor try kaki kanan pulak.. korang bayangkan banyak mana Ammar menahan sakit! At last dapat kaki kanan.. anak aku dah terisak2 menangis.. aku terus dukung Ammar.. tenangkan dia.. bawa balik bilik. Bila balik bilik, aku bagi dia susu coz kalau tak dia asyik menangis lagi.. Aku tengok Ammar dah letih.. lagi lah aku bertambah risau. Then doktor datang, doktor bagi tau based on result blood test memang tahap keradangan Ammar sangat tinggi.. biasa kurang dari 5 tapi Ammar dah cecah 79! So, kena terus on antiobiotik. This time memang aku tak boleh tahan emosi lagi dah.. aku nangis jer.. lepas doktor keluar, aku call hubby citer kat dia apa yang berlaku. Hubby aku bengang la.. kalau tak ari ni dah boleh discharge tapi disebabkan kecuaian staff hospital Ammar dapat penyakit lain pulak. Rotavirus dah baik now kena infection pulak. Hubby cakap panggil doktor, dia akan ke hospital terus. Dia nak jumpa doktor, if hospital tak nak bertanggungjawab hubby nak proceed with saman!

Lepas cakap ngan hubby aku terus panggil doktor. Bila cakap kali ni memang aku nangis kaw2 nyer.. serius aku risau keadaan tangan Ammar. Aku cakap ngan doktor, kalau diaorang tak cuai Ammar takkan jadi macam ni. Now kami nak hospital bertanggungjawab.. sukar nak citerkan emosi aku time tu.. memang macam2 kuar.. sampai doktor lelaki tu pun menangis.. nurse kat sebelah dah pucat lesi. Aku memang cakap if diaorang tak responsible, kami akan sue hospital. Hubby pun dah call sepupu dia (luckily ada cousin lawyer), so cousin hubby dah ckp by right hospital memang kena take responsibility give treatment without charge as this is their negligence. Doktor promise akan discuss ngan management to waive the cost and bagi treatment yang sepatutnya. Dalam 10 minit lepas tu, doktor masuk balik ngan unit manager.. hubby pun sampai..merah padam muka laki I menahan marah uolls.. at last selepas tough discussion.. KPJ sanggup waive the cost dan teruskan treatment hingga Ammar sihat. Jujurnya kami memang kecewa ngan service KPJ.. such a well known hospital boleh buat kecuaian macam ni.. anak kami admit sebab benda lain, now end up sakit lain pulak dek kecuaian staff KPJ. Sangat mengecewakan!!!

So, malam tu memang aku dan Ammar tak dapat tido lena coz jap2 unit manager datang visit. Jap2 nurse datang cek tangan.. cek line kat kaki.. cek balutan.. cek demam.. macam2 lagi lah..

 Tangan berbalut disapu ngan antibiotik dan balutan air garam untuk sedut kuar bengkak air tu..

 Line untuk masuk antibiotik di kaki. tiap kali masuk dua jenis antinbiotik.. Ammar akan menangis dan mengaduh sakit.. ibu mana sanggup tengok anak dia macam ni.. hati bagai dihiris2..


 Bahagian yang aku tunjuk tu masih bengkak keras.. doktor kata amik masa 10 hari nak surut.. tawakal jerlah..

Masih bengkak kan?? Jumaat 12/6/15 dapat discharged coz Ammar dah tak demam.. dah aktif.. cuma tangan tu belum bDaik sepenuhnya. Doktor bagi antibiotik dan ubat tahan sakit balik makan kat umah.. Ammar pun dah stress dok lama sangat kat hospital.

Until now, 14/6/15 bengkak masih lum surut.. bila tanggan Ammar banyak gerak tempat tu akan jadi merah.. Ya Allah sembuhkan lah tangan anakku secepat mungkin.. dalam hati ni sentiasa risau.. tunggu follow up ngan doktor 16/6/15 ni untuk tahu perkembangan tangan tu.. Please pray untuk kesihatan Ammar.. moga Ammar terus sihat lepas ni. ibu tak sanggup lagi nak tengok Ammar masuk hospital.. ibu tak kuat lagi. cukup-cukuplah..


No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)