penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Wednesday, July 22, 2015

Raya Kedua - Beraya Rumah Abang

Assalamualaikum..

Hari raya kedua kami gantung periuk belanga coz abang aku buat open house. So, kami semua kesana.. rajin kakak ipar aku masak.. ada laksa, meehun sup daging, nasi putih dan gulai tongkol kelantan, ayam goreng, sambal belacan, ulam.. kek coklat, kek butter pelangi.. kuih raya.. memang kami dari petang sampai ke malam berkampung kat situ.. alhamdulillah.. rezeki. Terima kasih abang din dan kak ina.. 

 Pose jap laki bini.. bukan selalu kan hehehhe

 ni berangan jadi model..





Ni dah selepas tetamu balik.. kami dinner... bestnya dapat kumpul ramai2 cam ni.. Moga akan ada lagi kesempatan untuk berkumpul bersama family mcm ni..


Aktiviti Wajib Balik Kampung!

Assalamualaikum..

Kata balik Pulau kan.. takkan tak pi mandi laut.. rugi la oooo... Raya ketiga tu bawa anak-anak mandi laut.. jom kita get dirty!

Pagi tu hujan lebat kat Langkawi. Cam nak cancel jer program mandi manda ni.. tapi memandangkan dah janji ngan anak2, ibu abah redah juga pi.. sepanjang jalan hujan lebat.. tapi Alhamdulillah.. sampai kat pantai hujan berhenti. Oh gembiranya rasa hati, dapat tunaikan hajat anak-anak nak mandi laut. 

 Main kat gigi air jer.. nak pi dalam sikit ibu abah tak pandai berenang.. nama jer ibu ni orang pulau.. huhu tapi tak pandai berenang... nasib la..

 Ammar amik mood dulu..


 Wajah gembira si anak.. :) priceless..

 my hometown.. nothing can change this view.. walau tioman, perhentian, redang lebih cantik.. tapi langkawi tetap terindah dihati..








Sempat la mandi manda sampai anak2 kesejukan dah.. then cepat2 salin baju dan balik coz hujan dah turun rintik2 dah..Alhamdulillah.. dapat gak bagi anak mandi laut seperti yang dijanjikan.. InsyaAllah.. umur panjang ada rezeki kita balik kampung pi mandi lagi no.. 


Bawa Anak-anak ke PETROSAINS!

Assalamualaikum..

Masa terasa amat mencemburui diri ini.. serius kenkadang aku rasa cam tak cukup masa.. dalam hati macam nak buat.. kepala tu plan berbagai2.. sudahnya yang jadi 2 daripada 10..haish..Cam malam ni.. plan balik keje nak masak kari ayam, brocoli rebus berlado sulah.. ayam goreng rangup ala KFC, sambal belacan.. ulam2.. alhamdulillah.. semua done! Puas dinner masakan sendiri. Dah tu plan nak buat kuah laksa coz aku teringin nak makan laksa. Kenkonon nak buat kuah malam ni, bangun sok pagi celur laksa dan condiment lain jer.. then buat kari ayam tu coz esok nak breakfast ngan roti naan.. selain tu, plan nak masak bubur jagung juga.. apa dah jadi ngan aku ni??? asyik ingat makan jer.. cam ni zumba ari2 pun tak turun berat tu.. huwaaa.. sudahnya, kuah laksa, bubur jagung.. esok pagi jelah aku buat.. mlm ni nak rehat.. mata pun dah berat.. tapi nak update gak satu citer ni.

27/5 lepas skolah Qaireen & Qaleesya tutup coz ada lawatan ke bomba, kilang roti gardenia dan farm in the city. As my hubby lum start lagi keje kat tempat baru, so dia kata anak2 tak payah join educational visit tu coz hubby nak bawa anak2 naik tren. Aku pun ok jer.. so aku pun apply la cuti ari Rabu tu. We all plan bawa anak2 ke Petrosains di KLCC. Kitaorang pun lum pernah jejak kaki ke situ lagi. So, pagi Rabu tu aku bangun awal.. lepas subuh terus masuk dapur goreng nugget dan buat sandwich telur untuk bekal anak2. Anak2 aku memang memanjang nak kena ada makanan.. memang kemana2 aku prefer buat bekal juga untuk diaorang.. Siap semua, kejut anak2 bangun.. kul 9.00 pagi kami keluar rumah ke Stesen LRT Taman Paramount. Kul 11.30 pagi, kami sampai ke KLCC. 

Tengah tunggu tren. Muka memasing happy bebenor kecuali apaknya yang serius jer. Hehehe...


Heheh  cubaan Ammar nak buat peace.. Ya Allah.. senang sangat bawa Ammar ni jalan2.. dia memang jarang meragam. Mengantuk tido, lapar minta makan.. moga terusla macam ni hingga besar. Kakak2nya biasalah, akal bergeliga.. semua nak explore.. budak nak besar hehehe.. We all decide makan dulu as nanti kalau lambat bertembung lak ngan orang yang keje kuar lunch. Mau sesak.. Settle makan, baru we all gerak ke Petrosains. Ticket pakej untuk dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak adalah RM31.80. Jimat sangat2. 

Ramai gak masa kami nak masuk tu, ada rombongan skolah.. meriah tapi kena que lama gak ler nak lepaskan diaorang. Bukan je anak2, ibu abah pun teruja nak naik kenderaan merentas masa tu. Gambar tak dapat amik, tapi teruja ooo naik benda alah tu.. sambil dia jalan kita disajikan ngan info pasal sains.. terasa cam masuk dlm hutan.. naik gunung.. best! Bentuknya seolah2 kapal angkasa dalam Mr. Peabody and Sherman.

Rupanya besar Petrosains ni. memang banyak sangat untuk diexplore.. semua pun kami rasa teruja nak cuba.. 


 Qaireen jadi angkasawan.. yang ni mmg kitaorang gelak terbahak2. Patung ni tergantung kt atas tau.. then, nak bagi gambar kita kat muka angkasawan tu, kita kena amik gambar guna kamera khas.. then gambar kita akan keluar mcm tu.. hik hiik hik.. 

 Hubby tengah cuba simulator bawa kapal angkasa.. hehehe

Dinosaur.. Qaireen memang melalak sakan masuk sini coz masuk je pintu terus nampak dinosaur ni ngah gerakkan tangan dan mulut buka tutup.. bunyi dia pun mengerikan.. apa tak menangis meraung budak tu.. 


Muka takut.. haahhaha..

Kat kawasan ni boleh tengok telur dinosaur.. batu yang ada petroleum.. cara mendakan terjadi dan banyak lagi. Selepas tu kami gerak ke bahagian lain pulak.


 Jom korek pasir.



 Kenkonon bawa lori..



Eksperimen sains.










Anak-anak memang having fun kt sini.. serius beberapa jam pun tak cukup nak explore semua. Amat disarankan ibu bapa bawa anak-anak ke sini coz banyak sangat pengetahuan yang dapat ditimba dengan cara paling fun!

Anak-anak takkan ingat berapa banyak duit yang kita spent untuk diaorang. Tapi diaorang akan ingat moment2 manis yang kita spent dengan diaorang sampai bila-bila.. jadi go.. spend your quality time with your family.. insyaAllah.. benda yang menyentuh emosi akan diingat hingga ke akhir hayat.. :)

Selamat Bertunang - Faris dan Ira

Alhamdulillah... tanggal 19 Julai 2015 selamatlah anak sedara ku yang sulung Megat Iqbal Faris bertunang dengan bunga pujaan hati Ira di Terengganu. Syukur majlis berjalan lancar dan majlis perkahwinan bakal berlangsung pada March tahun depan. Kami keluarga dari Langkawi tak dapat bersama-sama meraikan saat bahagia Faris menjadi tunangan orang coz raya ketiga.. semua pun balik langkawi except my sis and family. Apapun makcik happy, semua berjalan lancar. Izinkan makcik kongsikan sedikit gambar kenangan hari pertunangan Faris disini sebagai kenang-kenangan.. 





 Antara sebahagian hantaran dari pihak Faris.. serba biru menawan kalbu. 

 Ciuman dari bakal adik ipar.. Manis sungguh Ira dengan persalinan pink.. nampak lembut jer..


 Faris dan Ira.. alhamdulillah.. moga kekal ke jinjang pelamin..

 Rombongan pihak lelaki.

 Aifaa dan Ira

 My Sis dan bakal menantunya..



 Cincin disarung tanda ikatan.. 


Wajah gembira bakal mempelai.. next year si Aifaa dan Faris bakal bersanding sekali.. kita buat dua pasangan sekaligus.. moga Allah mudahkan segalanya..

To Faris dan Ira.. tahniah makcik ucapkan.. tempoh pertunangan ni merupakan tempoh percubaan yang banyak dugaan.. moga korang terus tabah menempuhnya hingga saat diijabkabulkan nanti.. amin...