penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Wednesday, July 22, 2015

Selamat Bertunang - Faris dan Ira

Alhamdulillah... tanggal 19 Julai 2015 selamatlah anak sedara ku yang sulung Megat Iqbal Faris bertunang dengan bunga pujaan hati Ira di Terengganu. Syukur majlis berjalan lancar dan majlis perkahwinan bakal berlangsung pada March tahun depan. Kami keluarga dari Langkawi tak dapat bersama-sama meraikan saat bahagia Faris menjadi tunangan orang coz raya ketiga.. semua pun balik langkawi except my sis and family. Apapun makcik happy, semua berjalan lancar. Izinkan makcik kongsikan sedikit gambar kenangan hari pertunangan Faris disini sebagai kenang-kenangan.. 





 Antara sebahagian hantaran dari pihak Faris.. serba biru menawan kalbu. 

 Ciuman dari bakal adik ipar.. Manis sungguh Ira dengan persalinan pink.. nampak lembut jer..


 Faris dan Ira.. alhamdulillah.. moga kekal ke jinjang pelamin..

 Rombongan pihak lelaki.

 Aifaa dan Ira

 My Sis dan bakal menantunya..



 Cincin disarung tanda ikatan.. 


Wajah gembira bakal mempelai.. next year si Aifaa dan Faris bakal bersanding sekali.. kita buat dua pasangan sekaligus.. moga Allah mudahkan segalanya..

To Faris dan Ira.. tahniah makcik ucapkan.. tempoh pertunangan ni merupakan tempoh percubaan yang banyak dugaan.. moga korang terus tabah menempuhnya hingga saat diijabkabulkan nanti.. amin...


No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)