penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Wednesday, July 22, 2015

Selamat Hari Raya 2015


Assalamualaikum...

Back to real life selepas 6 hari bercuti di kampung. Sedih meninggalkan Langkawi.. rasa kejap sangat balik walau 6 hari.. sob sob sob :(

Well.. weolls bertolak dari Klang ke Penang pada hari Selasa 14/7.. lepas balik keje, cepat2 gi amik anak2. Balik umah mandi dulu.. then tunggu en somi balik. Dalam 6.30ptg kami terus gerak.. aku dah siap2 tapau nasi dan lauk untuk berbuka dari kantin office. Kami berhenti berbuka dalam keta jer..minum air dulu coz lum sampai ke R&R terdekat. Berhenti makan bekalan yang dibawa kat R&R Tanjung Malim. Manusia punyalah ramai. Makan dalam keta jelah.. suap anak2 kasi kenyang semua. Solat terus then mulakan kembali perjalanan ke Bukit Mertajam (rumah abang aku). Alhamdulillah.. walau keta banyak malam tu, takdelah jem teruk. Pukul 12.30 kami sampai umah abang aku di Alma Jaya. Tido situ dulu coz esoknya pagi2 nak gerak balik Langkawi sekali ngan family abang aku. 

Pagi esoknya, kami gerak dari Alma lepas subuh. Syukur.. kul 8.30 dah sampai Alor Setar. Feri kami ke Langkawi kul 10.45, so singgah jap umah mak sedara kat Alor Setar.. melawat dia jap. 9.30 gerak ke Kuala Kedah.. semuanya smooth dan on time. Cuma ditengah laut tu mencabar gak ler.. 1 jam setengah menghadap feri bergoyang2 kiri ke kanan tanpa henti walau naik feri besar.. takde hujan.. ombak pun tak tinggi sangat.. just angin kuat.. sebab tu feri beralun2 jer.. sib baik takde yang muntah. Seronoknya dapat balik kampung...Lepas rindu pada mak ayah.. pada rumah kat kampung.. pada bayu Langkawi.. lama tak balik.. last balik Dec 2014 huhu..



 Budak2 tak posa..



Juadah berbuka hari terakhir puasa.. seronok berbuka ramai2 bersama adik beradik dan mak ayah.. walau lauk simple jer.. tapi air tangan mak tu yang terbaik! Just family kakak aku jer yang takde coz diaorang raya di Terengganu. Air kelapa dari pokok tepi rumah. Minuman wajib ada tiap kali balik kampung... indahnya suasana di desa... la la la..

Menu hari raya kami simple jer. Selain dari kuih raya yang dibuat oleh kami sendiri, ada ketupat palas dan rendang daging lazat, tapai, nasi tomato, ayam masak merah, dalca ayam.. Alhamdulillah.. kenyang.. ketupat palas mak 47 biji settle di hari raya pertama. Habis licin. Qaleesya makan banyak giler ketupat. 

Abang cek ngah tolong masak ayam.. tolong kacau jer..

Pagi raya..memang busy sket nak siapkan anak2 semua.. bilik air satu so kena take turn mandi ahhaha... lepas semua balik solat raya, ramai2 gi ziarah kubur atok nenek.. sempat gak berjejak kasih ngan kawan lama dan sedara mara yang melawat pusara keluarga masing2. Sayu terasa mengenangkan yang telah pergi. Alfatihah buat arwah atuk dan nenek ku yang telah pergi.. moga mereka ditempatkan bersama orang2 yang beriman.. amin. 

Selepas balik dari kubur, acara wajib.. bergambar la!!!


 Color tema kami tahun ni purple.. ;) Bukan senang la nak amik gambar satu family. Ada jer bebudak ni buat peel.. sabor jelah.

 

 
 dengan cousin diaorang.. Kak Izzati

 
 Buah hati pengarang jantung ibu..

 Dengan maksu Ayu.. my one and only sister.




 amik gambar anak beranak dulu sementara tunggu abah balik solat. 


 Mak dan ayah tersayang..


 Bersama mak dan ayah.. :)



 My abang Gee and family with mak dan ayah..

Mak bersama sebahagian anak cucu

 My abang family..

My abang Din and family

my sister and family.. diaorang beraya di Terengganu sebelah abang ipar dan.. anak sedara aku yang paling kanan tu bertunang pada raya ketiga.. (citer tunang dia next entry k..)

My anak sedara (anak kakak aku) beraya sorang2 kat KL coz dia tak dapat cuti.. huhu.. keje nurse ginilah nasibnya.. 

Inilah family besar kami beraya pada tahun 2015.. insyaAllah.. next year bakal bertambah ahli keluarga coz bakal menerima dua orang menantu pada March tahun depan.. bertambah meriahlah nanti.. syukur alhamdulillah atas nikmat yang diberi. Moga ikatan kekeluargaan kami terus utuh dan erat hingga ke akhir hayat.. sayang kamu.. kamu.. semua..

Balik Klang hari isnin lepas, hadap jem 12 jam.. huhu.. lebam dok dalam keta lama sangat. Sib baik cuti lagi hingga ari ni.. esok dah start keje.. so back to normal life.. :)

Kepada semua yang sudi membaca blog picisan ni, diucapkan Selamat Hari Raya.. maaf zahir dan batin. Kalau ada tulisan di blog ni yang mengusik perasaan.. ampun dan maaf dipinta. Salam kosong kosong dari saya yang tak sempurna. 


No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)