penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Wednesday, August 26, 2015

Raya Open Houseeee...

Assalamualaikum..

Dah habis raya kan.. bulan depan dah nk raya haji dah. Aku baru nak update bab open house raya puasa. Sabor jelah.. Boleh kata bulan raya tahun ni agak bz.. balik dari kampung dah busy ngan keje.. first weekend lepas balik raya, mertua datang sini. So, aktiviti beraya kerumah sedara mara sebelah hubby. Next weeknya, gi tempah baju dan gi open house umah pakcik sebelah hubby pulak. The other week, jiran sebelah buat open house, ahadnyer aku pulak buat makan-makan untuk jiran2 dan sahabat2 dari ofis lama beserta BFF aku. Last week bulan raya, open house umah kakak aku dan gi beraya umah BFF kat Gombak.. so tiap weekend penuh ngan aktiviti makan jer kejenya.. alhamdulillah.. rezeki kan.. 

Makan-makan kt umah aku mmg tak sempat nak snap pic satu pun.. adalah satu, gambar ngan kengkawan opis lama.. makanan ke hapa nan hado gambar. Juadah yang aku sediakan untuk kawan-kawan simple jer.. Lontong, spagetti bolognese, roti jala (yang ni tempah, tak sempat menjala), kek pisang, kuih raya.. Alhamdulillah.. ramai gak yang datang. Happy sangat rasanya.. 

bergambar bersama ex officemate kt OMI dulu.. geng makan sama, gossip sesama.. BFF nih..



 Pagi 15/8 dah ke open house Sime Darby.. untung dok sini tiap tahun Sime Darby buat open house.. pekena satay sepinggan..nasi minyak sepinggan.. kenyang.. Gambar diatas dalam kereta nak ke open house rumah kakak kt Sunway. Kat sana pun ramai giler orang. Maklumlah kengkawan anak sedara penuh rumah.. kakak aku masak nasi serai dan ayam masak merah, laksa, spagetti.. kek, kuih muih.. sampai petang dok sana.. balik rehat jap. Malam tu gi open house umah kawan hubby plak kat Meru.. Pelbagai juadah yang ada. Soto, ayam golek, kambing, lemang, ketupat, nasi dan lauk pauk, lontong dan banyak lagi.. tak tertaip dah. byk sgt makanan dioarang sediakan.. so dari pagi hingga malam.. gantung periuk belanga.. Alhamdulillah.. rezeki lagi.

 
Kat bawah ni pulak keesokannya.. ekceli dah habis bulan syawal dah.. tapi kawasan perumahan aku ni tetap anjurkan majlis hari raya dan mengeratkan silaturrahim.. buat kat taman permainan area rumah. Memang budak-budak sonoklah.. sambil makan boleh main. Majlis bermula dari kul 10pg hingga 1ptg.. sini pun macam-macam ada. Mee kari, mee bandung, nasi tomato, ayam masak merah, soto, lontong, char kuey teow (goreng kt situ lagi.. atas permintaan), cendol, dessert tak terkira banyaknya.. ada brownies keduts, keropok lekor, muffin, waffle, kek lapis pandan. Tak termakan semua.. ohh selain tu buah-buahan tempatan pun disediakan. Ada durian, manggis, rambutan.. paling mendapat sambutan hangat adalah durian la.. semua penduduk hadir tak kira bangsa.. seronok wei.. baru la dapat berkenalan dengan jiran2 selain yang sebelah menyebelah rumah or selorong ngan rumah.. 
 



Lepas zohor continue beraya ke Gombak pulak, rumah my BFF didi.. Didi masak spagetti bolognese, salad dan roti plus dessert hazelnut brownies. Semua sedap, makan bertambah-tambah.. berat naik pun berkilo-kilo... Syukur.. alhamdulillah.. rezeki Allah beri. 





Yatie takde coz gi kenduri kat Perak..dan lileen dok johor. kalau tak lengkap lah kami... inilah BFF dunia akhirat.. susah senang kami tempuh bersama.. dah berbelas tahun kami berkawan, sejak belajar di uitm lagi.. dari remaja sampailah kami dan beranak pinak ni.. moga ukhuwah yg terjalin kekal hingga ke akhir hayat.. aku sayang korang semua...

Maka berakhirlah cerita raya 2015.. moga tahun depan sempat la berjumpa dengan ramadhan dan syawal 2016. Wassalam..

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)