penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Friday, October 23, 2015

Disleksia ke Dia???

Assalamualaikum..

Hati ibu mana yang tak risau bila usia anak dah 6 tahun dia masih belum dapat membaca dengan lancar dan menulis dengan betul. Yes, walau dah dihantar ke tadika seawal usia 4 tahun tapi Qaleesya masih lagi tak dapat membaca dan menulis seperti kanak-kanak seusianya. Tiap kali tengok kawan-kawan update hasil kerja anak-anak diaorang, video anak-anak diaorang membaca dengan lancar.. aku menangis dalam hati. Beratkan nak terima dugaan ni. Aku tak tahulah Qaleesya ni slow leaner atau tergolong dalam kategori Disleksia. 

Korang boleh baca apa itu disleksia di bawah:

  • Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
  • Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
    • Mempunyai keupayaan intelek yang normal
    • Telah mendapat rangsangan dan pembelajaran yang mencukupi
  • Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
  • Mereka mungkin mengalami kesukaran
    • Membaca
    • Menulis
    • Memahami
    • Mengeja
    • Mengira
  • Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia
  • Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

Apakah ciri-ciri Disleksia?
  1. Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :
    • Lambat bertutur
    • Mengalami kesukaran sebutan atau rima
    • Sukar menulis nama sendiri
    • Payah mengenal bentuk atau warna
    • Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
  2. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
    • Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
    • Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
    • Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
      • 15 dengan 51
      • “was” menjadi “saw”
      • ‘b’ dengan ‘d’‘
    • Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
    • Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
    • Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
    • Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah 
    Setelah baca beberapa artikel pasal disleksia ni, aku dapati Qaleesya memang ada ciri-ciri ni. Contoh: 15 dengan 51, b dengan d, sukar nak tulis nama sendiri (baru skang boleh tulis.. tu pun Qaleesya jer), selalu hilang fokus, silap baca huruf.. selalu baca terbalik, keliru konsep masa, selalu salah letak barang..  Aduhhh bila banyak sangat persamaan, hati dah mula gundah gulana.. kesiannya anak ibu. Dan dia selalu balik sekolah cakap.. "ibu.. cikgu selalu marah kakak sebab kakak ni tak pandai baca". Apa perasaan korang bila anak cakap macam tu? Aku faham perasaan dia coz aku ibu dia, aku tak salahkan cikgu coz cikgu kat sekolah tu bukan khusus untuk kes special macam Qaleesya.. aku sedih coz dia down bila orang lain boleh baca, pandai tapi dia tak boleh. Aku faham sangat perasaan dia.. Bila aku LIKE satu Disleksia page kat FB  dyslexiatutormsia baru aku tau.. rupanya apa yg diaorang nampak tak sama macam kita.. patutlah diaorang rasa susah sangat nak baca.. aku boleh rasa betapa strugglenya Qaleesya nak membaca.. Kesiannya anak ibu... :(

    Ini yang budak Disleksia nampak.. skang korang faham how struggle there are??

    Aku ada plan nak bawa Qaleesya jumpa doktor pakar di hospital kerajaan. Tapi macam-macam aral yang mendatang. Ada contact Persatuan Disleksia Malaysia di Shah Alam since dekat dengan rumah.. call tak jawab. Whatsapp reply cuma bagi tarikh untuk amik test jer. Harga untuk dua jam test agak tinggi juga bagi kami yang golongan marhaen ni. Itu belum masuk kelas lagi.. InsyaAllah, ibu abah usaha sehabis baik untuk tolong Qaleesya.. dalam hati ni risau juga coz lagi dua bulan dia nak masuk darjah 1. So, aku amik inisiatif ajar dia slow-slow kat rumah. Aku belajar dari youtube camne nak ajar budak disleksia.. im not good, i know.. but at least I do something for my kid. 
    1) Aku belikan dia pembaris cam bentuk tangan.. ni untuk biasakan dia menulis ada space dari satu perkataan ke perkataan yg lain. Kalau tak dia taram semua dekat-dekat.. so far now, dia dah boleh tulis ada space one sentence to another.. tanpa guna pembaris tu lagi. Alhamdulillah..

    2) Aku ajar dia malam-malam.. bila berkesempatan la. dah macam cikgu pulak kat umah.. 
     Ini ajar dia tulis sambil baca.. ada juga yang aku lukis-lukis.. tapi malu nak snap. Aku lukis huduh bebenor..





     Ajar mengira.. 

    Skang ni aku print out yang bergambar dan suruh dia tulis.. tiap malam ada juga sesi mengeja.. tapi Qaleesya ni skang aku tengok dia ada inisiatif juga. Selalu tanya aku camne nak eja itu, camne nak eja ini.. dan ada juga dia ajar Qaireen sebutan huruf pada buku.. Alhamdulillah juga.. berkat ajar sikit camni dia dah boleh baca perkataan yang ada dua suku kata cam batu, baju, buku, bola.. aku happy.. dulu tak boleh langsung tau! At least ada improvement.

    Moga Allah murahkan rezeki ibu abah.. boleh lah kami bawa dia gi buat test disleksia tu. Beri kekuatan pada kami dan Qaleesya juga untuk hadapi semua ni. Aku yakin tiap yang Allah takdirkan tu ada hikmahnya.. She is our special girl.. anugerah Allah. 

    Dan ini pesanan Qaleesya untuk mereka diluar sana:



    Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?
    • Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)
    • Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
    • Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.

    Go Qaleesya.. ibu percaya dengan Qaleesya!!! We will survive!!!


     

Wednesday, October 14, 2015

Hari Saudagar Cilik

Assalamualaikum..

Semalam tadika Q&Q ada organize Hari Saudagar Cilik kt sekolah.. so, budak umur 6 tahun ditugaskan berniaga.. tukang beli adalah budak 5 dan 4 tahun.. parents kena lah sediakan bahan jualan harga untuk jual mestilah dibawah RM1. Fikir punya fikir, aku buat goreng nugget dan sosej jer untuk Qaleesya jual.. Ok gak ler kan, budak-budak suka nugget. Kalau tak habis pun, boleh kenduri jer kt school. 

Ini lah bahan jualan Qaleesya untuk hari Isnin lepas. Jual murah-murah jer..

 Cikgu-cikgu yang comel-comel..

 Wah..nugget dapat sambutan nampak..

 Para peniaga cilik. Qaleesya hujung sekali. 

 Beli.. beli..

Yeay!! Gerai Qaleesya yang pertama habis.. Licin baq hang.. Alhamdulillah.. good experience untuk Qaleesya.. thank you cikgu-cikgu semua. 
 
 Last.. selit sket gambar Qaireen yang ngah makan nugget tu. Awak pun beli kat kakak juga dik..kan ibu dah bekalkan nugget dalam beg..huhuhu...


Muffin Class with Q&Q

Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah.. amboi peaceful betul pagi awal Muharam ni, anak-anak belum bangun tido. Si ibu curi masa update blog kih kih kih.. bukan nak pi buat sarapan. Apalah hang ni Liza oii.. sebenarnya ngah pikiaq ni, nak buat sarapan apa kat family nih.. takpa kita update blog sat, lepaih tu dushh pi buat sarapan no..

Okay.. dek kerana anak-anak aku ni memang suka sangatlah makan kek/muffin dan yang sewaktu dengannya. Maka ibu diaorang kenalah rajin buat. Last Saturday dah buat dah muffin blueberry.. dapat la 12 biji.. amboii sekejapan habis. Depa buat breakfast. Ari Ahad tengok blueberry tu ada lagi, so kalau simpan tak buat kang rosak pulak. Sementelah peti ais aku tak berapa ok keadaanya. jap sejuk, jap idok. Aku ajak la anak-anak buat muffin blueberry lagi. This time ajar diaorang sekali camne nak buat. Seronok la budak-budak tu dapat belajar buat kek, dari awal sampai habis. 


 
 Chef cilik saya.. boleh diharap dah budak berdua ni.. anak dara kena ajar masak dari awal.. kang besar tak reti buat apa.. by the way, kalau tak reti masak tapi rajin mencuba untuk masak.. lama-lama jadi pandai juga. Tapi kalau tau masak tapi pemalas.. emmmm memang takde makna jugalah..


 Patutnya topping tu letak brown sugar.. so bila masak nampak la keperangan dan cun. Tapi anak-anak nak letak choc chip.. ok no hal, kita letak jer. Kita yang buat dia kan.. tapi it turn out jadi sangat sedap.. rasa coklat kt atas dan blueberry kt dalam. perghh.. korang bayangkan lah.

 Taraaa!! dah masak.. amboi mekar aihhh

  
Haa ni keratan rentas dia hhahahha, keratan rentas no.. asal boleh je ko ni Liza. Amacam korang? tempting tak tengok dalam muffin tu. Sedap ooo!!! 

Tengok Si Qaireen siap thumb up lagi. Seperti biasa, jap jer muffin ni habis. Alhamdulillah... Anak-anak puas ati dapat makan muffin hasil air tangan diaorang. Next time kita belajar buat muffin lain pulak yer.. 

Okay-okay.. korang nak resepi tak? Nanti boleh buat sendiri. Ni aku kasi resepi, aku amik dari FB. Minta halalkan lah tuan punya resepi.. moga dapat pahala berganda share ilmu ya.. 

Blueberry Muffin

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula kastor
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan susu full cream Dutch Lady
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur (saiz besar)
1/2 cawan minyak sayur (aku letak minyak masak je)
Filling blueberry (boleh beli kat kedai jual barang kek)
Gula perang/Choc Chip untuk tabur kt atas

Cara-cara:
- Panaskan oven 180 darjah celcius
- Ayak tepung, baking powder dan garam dalam satu bekas
Dalam bekas lain, satukan susu, telur, gula, esen vanila. Kacau sebati.
- Kemudian masukkan minyak, kacau sebati. 
- Tuang bahan cecair sikit demi sedikit dalam bahan kering tadi. Kacau hingga sebati.. tak perlu godek lama sangat.. elok sebati je dah ok. 
- Sudukan dalam cup 1/2 penuh, then letak blueberry. Then letak adunan 3/4 penuh, taburkan gula perang dan bakar 20 minit hingga masak.

Ok..selamat mencuba yer :)



Sunday, October 11, 2015

Ceritera Cinta - Hisyam & Saifaralina

Asalamualaikum..

Tanggal 18 September lepas merupakan tarikh ijabkabul kembar my hubby, Hisyam dan pasangannya Saifaralina.. alhamdulillah.. majlis berjalan lancar, dengan sekali lafaz sah Hisyam menjadi suami kepada Fara.. Tahniah uolls dari kami berdua. Both of us sangat happy, akhirnya Pak Syam dah jumpa si buah hati pengarang jantung. Kami doakan jodoh ini berkekalan hingga akhir hayat.. Aamin..

Jom kita selusuri majlis ni.. to Hisyam and Fara, Liza minta izin share gambar wedding korang kat blog ni yer, sebagai kenangan.. harap halalkan yer.. 

The hantaran dari kedua belah pihak

detik mendebarkan saat melafazkan ijab kabul

Alhamdulillah.. sah bergelar suami isteri.. Welcome to family dear biras, Saifaralina.. :)


 Jaga Pak Syam baik2 ok auntie Fara.. Moga cepat dapat baby leh jadi geng Ammar hehehe

Below adalah majlis resepsi pihak perempuan di Taman Universiti, serius baju bersanding Fara cantik sangat.. love.. love.. love.. nice color tooo..



Weolls tak balik masa wedding sebelah perempuan.. biasalahkan.. cuti takdok.. huhu.. kena simpan utk majlis di Kempas sebelah lelaki. 

Majlis sebelah Hisyam berlangsung pada 26 September, hari raya Haji yang ketiga. Weolls balik sehari sebelum raya, dapat la beraya ngan mertua dan tolong buat persiapan apa yang patut. Alhamdulillah.. kami gerak dari umah kul 11.30pagi, sampai JB kul 2.30ptg.. jalan takdelah jem sangat even ada kemalangan dua tiga tempat. 

Raya Haji tahun ni tak terasa sangat coz kami busy dengan persiapan majlis.. aku dipertanggungjawabkan menghias bilik pengantin dan tolong-tolong susun props kat photobooth.. 

 Bilik pengantin.. iolls hias simple2 jer.. as per requested by pengantin lelaki. 

 Ruang photobooth.. ala2 warisan melayu lama giteww..

 en hubby ngah menyiapkan bunga manggar untuk kembarnya..

 Meja makan beradap deko by tukang khemah

 The Doorgift..got bahulu and telur pindang dalam tu.
 Super cantik wedding cake by Mad About Cake.. sedap uolls..


Anak dara cek yang bakal menjadi flower girl on that day.. manik jahitan di baju hasil kerastangan ibu.. Qaleesya muka masam coz ibu paksa bergambar..


Barisan Flower Girls.. cucu-cucu Haji Idris :)


Uppss pengantin lama tumpang interframe.. bukan senang nak tgk iolls gambar gini ngan Mr. Hubby.. kasi chance la kan.. hehehe.. 7 years still in love..muahahah..


Ibu ngan Ms Qaireen.. aiyoo ramai yang berkenan ngan shawl ibu ni..iolls beli kat booth dalam Giant jer pun.. harga RM10 jer.. iolss tak mampu nak pakai tudung nelopa ke, ariani ke, pareeda ke.. biar murah janji ikut syariat.. cun tu satu bonus!

Boboboy ibu yang sangat behave sepanjang majlis.. dok baik je ngan aunti Icha.. ibu sibuk tolong atok ngan tokwan kasi gift. Last2 dia tido sampai petang.. 

Ammar with auntie Icha.. thanks a lot Icha sudi jagakan Ammar.. love you dik!

Jom kita tengok gambar pengantin baru pulak.. 

 Sweet Flower Girl sambut pengantin ngan rose petals





 Tadi iolls ngan hubby bergambar kat sini.. weolls pengantin lama.. ni twin hubby plk with his wife.. ini pengantin baru..hik hik hik..



Thanks to my frens and family yang sudi datang meraikan majlis.. 
 Awin and family.. lama tak jumpa, lepas rindu pada Awin. 

 Ni Raja and his family.. best fren hubby masa belajar dulu. 

 My sis and family yang datang all the way dari Bandar Sunway ke Johor. We really apperiate it.. thanks for coming kak.. 

And thanks to Lileen too.. my best fren yang dok kt Pulai. Sorry Leen, gambar ngan ko takde. Tak sempat nak bergambar coz time tu ngah busy.. 

Last.. gambar Ammar ngan Makngah dia.. my sis in law.. which is my senior masa belajar kat UiTM dulu.. kecik kan dunia. Dulu dia my senior.. skang dia my sis in law.. :)

To Hisyam and Fara..Selamat Pengantin Baru.. weolls doakan bahagia hingga ke jannah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.. Aamiin...