penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Friday, October 23, 2015

Disleksia ke Dia???

Assalamualaikum..

Hati ibu mana yang tak risau bila usia anak dah 6 tahun dia masih belum dapat membaca dengan lancar dan menulis dengan betul. Yes, walau dah dihantar ke tadika seawal usia 4 tahun tapi Qaleesya masih lagi tak dapat membaca dan menulis seperti kanak-kanak seusianya. Tiap kali tengok kawan-kawan update hasil kerja anak-anak diaorang, video anak-anak diaorang membaca dengan lancar.. aku menangis dalam hati. Beratkan nak terima dugaan ni. Aku tak tahulah Qaleesya ni slow leaner atau tergolong dalam kategori Disleksia. 

Korang boleh baca apa itu disleksia di bawah:

  • Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
  • Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
    • Mempunyai keupayaan intelek yang normal
    • Telah mendapat rangsangan dan pembelajaran yang mencukupi
  • Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
  • Mereka mungkin mengalami kesukaran
    • Membaca
    • Menulis
    • Memahami
    • Mengeja
    • Mengira
  • Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia
  • Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

Apakah ciri-ciri Disleksia?
  1. Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :
    • Lambat bertutur
    • Mengalami kesukaran sebutan atau rima
    • Sukar menulis nama sendiri
    • Payah mengenal bentuk atau warna
    • Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
  2. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
    • Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
    • Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
    • Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
      • 15 dengan 51
      • “was” menjadi “saw”
      • ‘b’ dengan ‘d’‘
    • Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
    • Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
    • Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
    • Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah 
    Setelah baca beberapa artikel pasal disleksia ni, aku dapati Qaleesya memang ada ciri-ciri ni. Contoh: 15 dengan 51, b dengan d, sukar nak tulis nama sendiri (baru skang boleh tulis.. tu pun Qaleesya jer), selalu hilang fokus, silap baca huruf.. selalu baca terbalik, keliru konsep masa, selalu salah letak barang..  Aduhhh bila banyak sangat persamaan, hati dah mula gundah gulana.. kesiannya anak ibu. Dan dia selalu balik sekolah cakap.. "ibu.. cikgu selalu marah kakak sebab kakak ni tak pandai baca". Apa perasaan korang bila anak cakap macam tu? Aku faham perasaan dia coz aku ibu dia, aku tak salahkan cikgu coz cikgu kat sekolah tu bukan khusus untuk kes special macam Qaleesya.. aku sedih coz dia down bila orang lain boleh baca, pandai tapi dia tak boleh. Aku faham sangat perasaan dia.. Bila aku LIKE satu Disleksia page kat FB  dyslexiatutormsia baru aku tau.. rupanya apa yg diaorang nampak tak sama macam kita.. patutlah diaorang rasa susah sangat nak baca.. aku boleh rasa betapa strugglenya Qaleesya nak membaca.. Kesiannya anak ibu... :(

    Ini yang budak Disleksia nampak.. skang korang faham how struggle there are??

    Aku ada plan nak bawa Qaleesya jumpa doktor pakar di hospital kerajaan. Tapi macam-macam aral yang mendatang. Ada contact Persatuan Disleksia Malaysia di Shah Alam since dekat dengan rumah.. call tak jawab. Whatsapp reply cuma bagi tarikh untuk amik test jer. Harga untuk dua jam test agak tinggi juga bagi kami yang golongan marhaen ni. Itu belum masuk kelas lagi.. InsyaAllah, ibu abah usaha sehabis baik untuk tolong Qaleesya.. dalam hati ni risau juga coz lagi dua bulan dia nak masuk darjah 1. So, aku amik inisiatif ajar dia slow-slow kat rumah. Aku belajar dari youtube camne nak ajar budak disleksia.. im not good, i know.. but at least I do something for my kid. 
    1) Aku belikan dia pembaris cam bentuk tangan.. ni untuk biasakan dia menulis ada space dari satu perkataan ke perkataan yg lain. Kalau tak dia taram semua dekat-dekat.. so far now, dia dah boleh tulis ada space one sentence to another.. tanpa guna pembaris tu lagi. Alhamdulillah..

    2) Aku ajar dia malam-malam.. bila berkesempatan la. dah macam cikgu pulak kat umah.. 
     Ini ajar dia tulis sambil baca.. ada juga yang aku lukis-lukis.. tapi malu nak snap. Aku lukis huduh bebenor..





     Ajar mengira.. 

    Skang ni aku print out yang bergambar dan suruh dia tulis.. tiap malam ada juga sesi mengeja.. tapi Qaleesya ni skang aku tengok dia ada inisiatif juga. Selalu tanya aku camne nak eja itu, camne nak eja ini.. dan ada juga dia ajar Qaireen sebutan huruf pada buku.. Alhamdulillah juga.. berkat ajar sikit camni dia dah boleh baca perkataan yang ada dua suku kata cam batu, baju, buku, bola.. aku happy.. dulu tak boleh langsung tau! At least ada improvement.

    Moga Allah murahkan rezeki ibu abah.. boleh lah kami bawa dia gi buat test disleksia tu. Beri kekuatan pada kami dan Qaleesya juga untuk hadapi semua ni. Aku yakin tiap yang Allah takdirkan tu ada hikmahnya.. She is our special girl.. anugerah Allah. 

    Dan ini pesanan Qaleesya untuk mereka diluar sana:



    Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?
    • Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)
    • Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
    • Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.

    Go Qaleesya.. ibu percaya dengan Qaleesya!!! We will survive!!!


     

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)