penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Sunday, October 11, 2015

Merdeka!! Merdeka!!

Assalamualaikum.. 

Sempena bulan kemerdekaan, sekolah Qaleesya Qaireen ada buat sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah..so, parents kena siapkan anak2 dengan baju bertemakan kemerdekaan.. aku ni tidaklah kreatif sangat. So, beli jer bendera kecik2 yang selalu kita pegang untuk kibar tu.. kuarkan dari batang dia dan jahit untuk dijadikan selepang/selendang.. janji hado!! Jenuh juga la nak menjahit sambung satu bendera ke satu bendera.. kalau guna mesin jahit cepat la. Ni jahir guna tangan.. huhu.. kul 12 lebih baru siap ko!!

So, pepagi tu.. gini la rupenya..




Merdeka!! Merdeka!! Qaleesya anak merdeka.. so kena senyum lebih sket hahah.. kata lahir 31 Ogos kan.. 

Kat sekolah, diaorang ada la berarak sambil bawa bendera keliling kawasan kejiranan sekitar sekolah.. ada kawan2 Qaleesya yang mak ayah diaorang sangat komited.. siap jahit baju dari bendera lagi. Kreatif baq hang!! Tabik spring kat parents ni.. 







Selamat Hari Merdeka Malaysia.. moga Allah melindungi kita semua dari bala dan malapetaka serta pemimpin yang zalim.. aamiin...





No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)