penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Wednesday, October 14, 2015

Muffin Class with Q&Q

Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah.. amboi peaceful betul pagi awal Muharam ni, anak-anak belum bangun tido. Si ibu curi masa update blog kih kih kih.. bukan nak pi buat sarapan. Apalah hang ni Liza oii.. sebenarnya ngah pikiaq ni, nak buat sarapan apa kat family nih.. takpa kita update blog sat, lepaih tu dushh pi buat sarapan no..

Okay.. dek kerana anak-anak aku ni memang suka sangatlah makan kek/muffin dan yang sewaktu dengannya. Maka ibu diaorang kenalah rajin buat. Last Saturday dah buat dah muffin blueberry.. dapat la 12 biji.. amboii sekejapan habis. Depa buat breakfast. Ari Ahad tengok blueberry tu ada lagi, so kalau simpan tak buat kang rosak pulak. Sementelah peti ais aku tak berapa ok keadaanya. jap sejuk, jap idok. Aku ajak la anak-anak buat muffin blueberry lagi. This time ajar diaorang sekali camne nak buat. Seronok la budak-budak tu dapat belajar buat kek, dari awal sampai habis. 


 
 Chef cilik saya.. boleh diharap dah budak berdua ni.. anak dara kena ajar masak dari awal.. kang besar tak reti buat apa.. by the way, kalau tak reti masak tapi rajin mencuba untuk masak.. lama-lama jadi pandai juga. Tapi kalau tau masak tapi pemalas.. emmmm memang takde makna jugalah..


 Patutnya topping tu letak brown sugar.. so bila masak nampak la keperangan dan cun. Tapi anak-anak nak letak choc chip.. ok no hal, kita letak jer. Kita yang buat dia kan.. tapi it turn out jadi sangat sedap.. rasa coklat kt atas dan blueberry kt dalam. perghh.. korang bayangkan lah.

 Taraaa!! dah masak.. amboi mekar aihhh

  
Haa ni keratan rentas dia hhahahha, keratan rentas no.. asal boleh je ko ni Liza. Amacam korang? tempting tak tengok dalam muffin tu. Sedap ooo!!! 

Tengok Si Qaireen siap thumb up lagi. Seperti biasa, jap jer muffin ni habis. Alhamdulillah... Anak-anak puas ati dapat makan muffin hasil air tangan diaorang. Next time kita belajar buat muffin lain pulak yer.. 

Okay-okay.. korang nak resepi tak? Nanti boleh buat sendiri. Ni aku kasi resepi, aku amik dari FB. Minta halalkan lah tuan punya resepi.. moga dapat pahala berganda share ilmu ya.. 

Blueberry Muffin

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula kastor
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan susu full cream Dutch Lady
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur (saiz besar)
1/2 cawan minyak sayur (aku letak minyak masak je)
Filling blueberry (boleh beli kat kedai jual barang kek)
Gula perang/Choc Chip untuk tabur kt atas

Cara-cara:
- Panaskan oven 180 darjah celcius
- Ayak tepung, baking powder dan garam dalam satu bekas
Dalam bekas lain, satukan susu, telur, gula, esen vanila. Kacau sebati.
- Kemudian masukkan minyak, kacau sebati. 
- Tuang bahan cecair sikit demi sedikit dalam bahan kering tadi. Kacau hingga sebati.. tak perlu godek lama sangat.. elok sebati je dah ok. 
- Sudukan dalam cup 1/2 penuh, then letak blueberry. Then letak adunan 3/4 penuh, taburkan gula perang dan bakar 20 minit hingga masak.

Ok..selamat mencuba yer :)



No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)