penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Sunday, October 11, 2015

Pengesahan Darjah 1 tahun 2016

Assalamulaikum..

Aduhai.. pejam celik pejam celik.. tahun depan Qaleesya dah nak masuk Darjah 1 dah..cepatnya masa berlalu.. aku ni cam blur2 lagi nak wat persiapan dia.. 26 August lepas amik cuti gi buat pengesahan kat sekolah rendah di SA..  Oleh kerana Qaleesya tak berapa sihat malam tu coz asma.. so pagi tu dia tak kesekolah. Aku bawa dia so that dia boleh tengok dulu sekolah yang bakal dia belajar next year.. teruja dia dapat gi sekolah besar.

Pepagi tu, kuar umah gi sekolah dulu.. 

 Muka excited dapat masuk sekolah besar.. siap bawa dia jengok dalam sekolah.. tengok kantin.. padang.. sukalah dia.


 Lepas settle urusan kat sekolah. weolls gi dating, breakfast plus lunch skali kat kedai.. best gak dating berdua. Dapatlah ibu tumpukan seluruh perhatian kat kakak sorang jer. selalu ada adik dan ammar, perhatian kat kakak jadi kurang coz ibu nak kena tgk diaorang berdua juga. Lepas makan terus ke klinik coz dengar bunyi kahak dia makin kuat. Qaleesya pun nampak lemah jer, dia dah cakap "ibu.. kita balik la.. kakak rasa penat lah.." Kalau dia dah cakap macam tu memang dia tak larat sangat la tu. Bila gi klinik kenalah amik neb coz doktor cakap kahak banyak sangat kt lung dia. 



 After neb, doktor bagi ubat makan untuk kurangkan kahak.. So, balik berehat.. nampak petang tu cam dah ok sket. Bila dah sihat, mulalah dia ajak gi kedai potong rambut. Memang janji nak potong rambut dia ari tu, cuma bila dah tengok keadaan dia cam tak sihat aku plan nak cancel jer. Rupanya dia ingat janji ibu ni.. so, ibu bawa gak ler..

 Comel tak saya potong rambut gini?? Sukalah dapat potong rambut.. ibu pun lega coz senang sket nak urus. Petang tu, gi amik Qaireen ngan Ammar.. Si Qaireen pula tarik muka coz tengok kakak potong rambut, dia pun nak potong juga. Sudahnya ibu bawa semua gi kedai gunting rambut sekali lagi.. semua kasi potong termasuk si Ammar.

 Tengok gaya dak Ammar ni masa potong rambut. Daring jer kan.. hahaha.. tukang gunting pula yang seriau takut dia nangis. Tapi dia cool jer.. relax la kan Ammar.. ni kali ketiga Ammar gunting rambut. Alah bisa tegal biasalah kan.. Good boy!!


Yeay!! semua dah berambut pendek.. senang ibu nak uruskan.. hehehe..

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)