penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Saturday, December 5, 2015

Hari Konset dan Graduasi TSP 2016

Assalamualaikum..

Tanggal 7 Nov lepas sekolah tadika Qaleesya Qaireen adakan hari konsert dan anekaragam 2016 di Goldcoast Hotel Klang. Qaleesya Qaireen amik bahagian dan ibu pun excited la nak gi tengok kan. 

Qaleesya bagitau dia masuk tarian lagu hindustan, Kun Anta dan berlakon dalam Aci2 buka pintu. Dua2 lagu Kun Anta dan Oh My Darling I love you tu hari2 diaorang balik practice tarian kat umah. Yang Aci2 tu aku ingat dia jadi hantu.. rupa watak utama.. anak aku la Aci tu hahhaha..


 Qaleesya dan kawan2 nya








 Persembahan pertama Qaireen. Semua pun malu2 tak nak nyanyi. Si Qaireen masam jer muka.. naper awak masak dik oii.. malu la tu.

 Persembahan kedua, lagu tiga kupang.. 


 Masam lagi.. tak tau lah naper awak ni.. Bila tengok ibu upload gambar ni dia kata "alamak qaireen tak senyum.. sorry la ibu.. qaireen malu semua orang tgk qaireen."

 Yang ni senyum selalu.. haaha




 Ni masa awal nak menari lagu "Oh My Darling I love you"



 Ni masa melakonkan watak sebagai Aci dalam lagu Aci2 buka pintu. Ibu terkezut campur bangga awak jadi leading actress :)



 Menang hadiah tabung paling kreatif



 Dengan sahabat baik dia Icha. Dah pakai jubah utk majlis graduasi.



 Yeay!!! Dah graduate anak ibu ni.. Moga perjalan mu di masa depan dipermudahkan Allah.. Aamiin.


 Sorry lah gambar konvo kt pentas ni berlambak2.. heheh
 




This is the hapiest day for ibu dan Qaleesya juga. 

Kat bawah ni ada video tarian diaorang:

video

video

Friday, December 4, 2015

Orientasi Darjah 1 Tahun 2016 - Puteri Qaleesya Humaira

Assalamualaikum..

Lama menyepi dari dunia blogger.. tau takde yang heran pun hahahh. Sementelah aku bukan blogger fofular..so no hal la kalau buat kemunculan sekali-sekala ken.. Entah kenapa mood kelaut kebelakangan ni. Hidup ni sentiasa bz. Mak anak tiga, karier dan rumahtangga.. semput juga kenkadang nak mengatur waktu. 

Ok sudah merapu bab diri ni. Nak nukilkan kenangan anak sulungku melalui hari orientasi pertama di "sekolah besar" bak kata Qaleesya.. Whoaa how time flies.. tahun depan Qaleesya dah 7 tahun. Anak makin besar, ibu pun makin tua. Aku dapat tau pasal hari orientasi ni pun masa gi konsert sekolah tadika Qaleesya Qaireen  ari tu. Lepas tu kelam kabut call sekolah why aku tak dapat surat utk gi orientasi ni. Last2 suruh my hubby gi amik je surat kt skolah. 

Selepas tu kami pun sibuk la gi beli persiapan serba sedikit coz kena berpakaian sekolah lengkap dan bawa semua peralatan sekolah. Uishh boleh tahan gak harga baju sekolah yer.. aku ingat jual sepasang rupanya baju harga lain, kain harga lain. Tengok brand Canggih, baju dalam RM27 sehelai. Ni baju kurung yer.. kain pulak dalam RM30 sehelai. Tapi sayangnya anak ibu ni kecik orangnya. Maklumlah lahir tak cukup bulan kan.. baju kurung Canggih saiz paling kecik pun tak muat untuk Qaleesya. Labuh sampai ke betis.. dah rupa jubah layaknya. So, beli je la apa jenama ntah kat Parkson tu.. sedang elok jer.. cuma kain kena lipat dua kali. 

Try baju sekolah dan kasut sekolah.. happy tak terkira hahah..

So, 21 November lepas kami pun pagi2 tu dah ke sekolah. Bila sampai dah ramai rupanya.. kelam kabut gi nak register. Suruh abahnya beli fail murid nak letak semua dokumen while aku uruskan Qaleesya. Semua kena beratur ikut bilik. Qaleesya dapat bilik 9. Lepas ni beramai2 kena buat test Linus dan ibu bapa perlu hadir taklimat bersama guru. 


Selalu tengok mak2 sibuk uruskan anak diaorang..now tiba pulak giliran aku.. jenuh pesan Qaleesya dok elok2.. air bawa.. pensel color sume ibu letak kat sini. Hadooiii kecoh ibu ni.. cam la anak tu nak gi test sehari.. sejam lebih je kot.. Luckily Qaleesya okay. Ada gak murid yang nangis cari mak dia.. sian.. takut kot tengok ramai2. Qaleesya steady jer coz ramai kawan satu tadika ngan dia skolah kat situ. 

Lepas uruskan Qaleesya, gi amik buku teks pulak.. rupanya skang kena amik satu subjek tambahan.. aku pilih jer Bahasa Cina.. lepas dah pilih, balik umah terfikir pulak boleh ke Qaleesya bawa subjek bahasa cina ni. haiyaa.. tawakal pada Allah jerlah.. ibu pun ingat2 lupa dah mandarin ni.. dulu ada belajar masa Diploma dan Degree. 

Lepas habis taklimat, kami dok kt kantin sementara nak tunggu Qaleesya habis test. Oh ya, luckily skolah ni ada provide kelas integrasi pendidikan khas untuk murid yang ada Autism, hyperactive dan Dyslexia. Ada 5 orang guru yang berkelayakan untuk mengajar. Seorang guru untuk 5 orang murid. Oh ya, Qaleesya confirmed dyslexia.. pasal ni nanti aku citer next entry ya!

Hampir kul 11 lebih baru diaorang habis buat test. Aku pun tercari-cari la mana satu kelas anak aku duduk ni.. tunggu punya tunggu kelas lain semua dah kuar. Bayang Qaleesya tak nampak gak. Risau weihhh.. tanya cikgu bertugas dia kata kelas Qaleesya baru habis buat test. Aku pun terus naik ke kelas.. tengok cikgu baru collect kertas jawapan. Qaleesya cam biasalah.. nampak aku terus tersengih. Nak kuar kelas, dia terus gi salam cikgu-cikgu dalam kelas tu.. dlm hati bangga gak ler.. tau hormat orang lebih tua. Bila kuar jer tengok kain dia labuh sampai meleret kelantai. "Naper kain kakak labuh sangat ni, kan ibu dah lipat tadi". Patutnya tanya la dulu boleh jawab soklan ke tak, tapi kain pulak yang disibuk.. ibu ohh ibu.. "kakak nak kencing tadi. Kakak angkat tangan cakap kat cikgu, saya nak kencing cikgu. Cikgu terus tunjuk kt mana toilet. Kakak gi sendiri" Whoaaa ibu impress!! First time uolls.. dia masuk skolah tu dan berani gi tandas sendiri. Aku dulu hari pertama masuk skolah tahan kencing coz takut nak gi tandas.. huhu malu iolls kat anak ku ini. Aku pun soal la lagi "kakak letak kain kat ner?", jawapan Qaleesya "Kakak letak kat singki.. tapi ibu jangan marah tau.. sinki tu kering.. " hahahha.. Ibu tak marah malah ibu bangga ngan anak ibu ni. Ibu paling risau camne nanti kakak nak gi toilet coz toilet kt skolah kebangsaan jauh dari kelas.. tapi kakak dah bukti kan pada ibu kakak boleh berdikari Gi sendiri, cari toilet sendiri..lega ati ibu. :)

Bila tanya Qaleesya, boleh jawab ke kakak? Boleh!! jawapan dia lah.. fakta tak tau lagi. dia kata dia tak faham dia tanya cikgu soklan tu suruh buat apa. Baguss!! tak malu bertanya. Qaleesya ni nampak confident level dia lagi tinggi dari Qaireen. Takpelah kakak, ibu tak kisah sangat.. test Linus jer pun. Ibu tau setakat mana kemampuan kakak.. ibu tetap support kakak.. Psst.. ada mak2 yang dah sibuk tanya result Linus anak saya camne. Linus je kot kak.. relaxx la... 

K bai... wasalam..