penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Sunday, February 21, 2016

Qaleesya dah Darjah 1

Assalam...

Kisah dua bulan lalu.. pejam celik,pejam celik anak ibu dah 7 tahun. Ibu cuti 4 hari tunggu Qaleesya kat school.. abah dapat cuti sehari jer.. 

Pagi tu kakak bangun semangat je nak gi skolah. Ibu pun excited dan berdebar2 juga. Maklumlah anak first time masuk sekolah kebangsaan.

 Ceria jer anak ibu.. alhamdulillah... ada budak lain, nangis sampai duduk ats lantai.. sian mak ayah dia. 

 Beratur ikut kelas.

 Dah nak gerak masuk kelas..

 Since first day kt skolah lagi ibu dah bekalkan makanan dan air tiap hari. Alhamdulillah.. masih istiqomah melakukannya sampai ari ni walau tiap hari bangun kul 4 pagi. 

Intai Qaleesya dalam kelas. Dapat kelas di tingkat paling atas.. after dua hari parents gi jumpa Guru Besar minta tukar kelas bawah sket. Memang bahaya la budak darjah satu dok kelas tingkat 4. Bukan diaorang sangat bahaya. turun tangga pun tolak2 sampai Qaleesya pun hampir jatuh. Moga pihak sekolah lebih peka bab ni dimasa akan datang. 


First week, tak belajar betul2 lagi. buat latihan guna buku transisi ni jer dulu. 

Setelah hampir dua bulan bersekolah, perkembangan Qaleesya:

- Minggu kedua dah hilang singlet dan stokin.
- Alat tulis sampai ke hari ni tiap hari ibu kena letak yang baru coz hilang. Stresss!!!
- Kasut skolah pula, gi pagi putih berseri, balik hitam.. apa kamu buat nak oiiii??
- Good things.. dah pandai berdikari sket.. dah boleh naik van sendiri, tak perlu tunggu lagi. Dah boleh guna duit utk beli makanan.. gi tandas sendiri.. 

Ibu doa, perjalanan kakak menuntut ilmu dipermudahkan Allah.. Moga Allah sentiasa melindungi anak ibu dari bahaya, mala petaka serta niat dan pandangan jahat manusia... aamiin...
 

CTTCM Annual Dinner 2015

Assalam.. lama daku menyepi dari dunia blogger. Serious malas bebenor nak hapdet blog skang ni. Ni pun sebab tak boleh tido, maka kenalah cari something yg tak bosan dari baring dlm gelap dan tak tido.

Hmm.. 2/1/2016 genaplah setahun aku keje kat Conti nih. Syukur Ya Allah.. setahun yang manis.. penuh dengan ilmu dan pengalaman berharga. Terima kasih en. boss for giving all opportunities to growth in this company. Daripada tak biasa jadi emcee.. now dah kerap jadi emcee untuk event company. I have freedom to act within my capacity. Walau keje baru setahun, boss kata aku dah mcm lama keje.. hahaaha.. thanks to 11 years experience gained
in previous company. Onak duri yang dilalui dulu merupakan ilmu paling berharga.

Ok back to our topic. As I was a committee members of Social Club, so weolss organize banyak gak event last year.. like Skytrek, Bowling Tournament, Backyard BBQ, every two months mesti ada birthday celebration, jamuan hari raya... etc..Alhamdulillah jua, segalanya berjalan lancar. So, annual dinner was our last event for last year. 

We organize this annual dinner kat Saujana Hotel Kuala Lumpur and temanya adalah "Cross Cultural". So, kita tak boleh pakai pakaian culture kita yer..malay tak boleh pakai baju kurung or baju melayu ya.. Aku nyer task prepare door gift dan jaga registration. Oh ya, dinner ni boleh bawa spouse dan anak2. Tu yang best walau terpaksa kejar anak2 hahahah...

Layan gambar jom!



 The scenery beside the hall

 Alhamdulillah.. boleh dikatakan 90% staff datang malam tu.. yg nampak kosong tu coz diaorang gi amik makanan.

Here we are.. united as a TEAM. Antara yang hadir on that night. 

Alhamdulillah.. Social Committe Team. Syukur event berjalan lancar.. everybody is happy!


 Mr. President is giving speech.. amanat utk President baru tahun ni.. Ammar seperti biasa, melekat je ngan ibu. Wait!! Aku nampak kurus kt dlm gambar ni.. vavava... hahahah..

 Hoping for top 5 lucky draw. But not so lucky... dapat periuk jer.. oklah.. cam tau2 i suka masak kan.. Christian ni sangat tinggi..aku yang tingi 161cm pun paras bawak ketiak dia jer.. dalm pic ni dia terpaksa membongkok sket.. kalau tak, nampak aku cam pendek plk.. 

Finally... SC team.. happy to be part of this team. Very cooperate and sehati sejiwa. Thank you uolls.. together we make it.