penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Sunday, February 21, 2016

Qaleesya dah Darjah 1

Assalam...

Kisah dua bulan lalu.. pejam celik,pejam celik anak ibu dah 7 tahun. Ibu cuti 4 hari tunggu Qaleesya kat school.. abah dapat cuti sehari jer.. 

Pagi tu kakak bangun semangat je nak gi skolah. Ibu pun excited dan berdebar2 juga. Maklumlah anak first time masuk sekolah kebangsaan.

 Ceria jer anak ibu.. alhamdulillah... ada budak lain, nangis sampai duduk ats lantai.. sian mak ayah dia. 

 Beratur ikut kelas.

 Dah nak gerak masuk kelas..

 Since first day kt skolah lagi ibu dah bekalkan makanan dan air tiap hari. Alhamdulillah.. masih istiqomah melakukannya sampai ari ni walau tiap hari bangun kul 4 pagi. 

Intai Qaleesya dalam kelas. Dapat kelas di tingkat paling atas.. after dua hari parents gi jumpa Guru Besar minta tukar kelas bawah sket. Memang bahaya la budak darjah satu dok kelas tingkat 4. Bukan diaorang sangat bahaya. turun tangga pun tolak2 sampai Qaleesya pun hampir jatuh. Moga pihak sekolah lebih peka bab ni dimasa akan datang. 


First week, tak belajar betul2 lagi. buat latihan guna buku transisi ni jer dulu. 

Setelah hampir dua bulan bersekolah, perkembangan Qaleesya:

- Minggu kedua dah hilang singlet dan stokin.
- Alat tulis sampai ke hari ni tiap hari ibu kena letak yang baru coz hilang. Stresss!!!
- Kasut skolah pula, gi pagi putih berseri, balik hitam.. apa kamu buat nak oiiii??
- Good things.. dah pandai berdikari sket.. dah boleh naik van sendiri, tak perlu tunggu lagi. Dah boleh guna duit utk beli makanan.. gi tandas sendiri.. 

Ibu doa, perjalanan kakak menuntut ilmu dipermudahkan Allah.. Moga Allah sentiasa melindungi anak ibu dari bahaya, mala petaka serta niat dan pandangan jahat manusia... aamiin...
 

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)