penyejuk hati...

penyejuk hati...

En. Nuffnang..

Sunday, May 8, 2016

Cuti-cuti Penang 2016

Assalamualaikum.. 

Amboi lamanya tak hapdet blog. Last update bulan dua aritu..skang dah bulan lima dah..seriously memang malas sangat nak hapdet blog skang ni. Tak tau la pasai apa huhuhu. Tapi malam ni kupaksakan diri.. update la memori anak beranak ni, sebagai kenangan di masa depan. Nak harap cuci gambar entah bila la.. tu malas no. 2 la..

30 April lepas cousin aku kawin kt Alor Setar. So, alang-alang dah balik Kedah why don't kita singgah Penang. Saja la nak relax2 kepala otak kan.. lagipun weolls dah lama tak bercuti coz ada cuti jer balik kampung.. tak Kempas, balik Langkawi.. Plan asal nk bertolak Jumaat malam.. dah plan dah ngan anak sedara dan abang ipar nak konvoi sekali la kununnya.. tapi hampeh.. husband cek balik lambat pas tu dia sakit kepala pulak.. anak-anak dah excited nak balik malam tu, sekali kuciwa la abahnya kata abah nak rehat.. esok pagi2 kita balik. Namun sebaik-baik perancangan kita, perancangan Allah itu lebih baik. Luckily iolls tak balik malam tu.. my anak sedara dan abang ipar bertolak dari Sunway kul 10 malam.. esoknya kul 6 pagi baru sampai kat R&R Gunung Semanggol.. bapok jemmmm... kul 10pagi baru sampai Alor Setar.. haaa tak kematu bontot dok dalam keta... Weolls bertolak Sabtu pagi dlm kul 6 pagi.. kul 1.00 petang dah sampai rumah makngah aku.. Alhamdulillah.. tak jem sangat.. 


Tahniah my cousin Niqa Azizan, dengan sekali lafaz sah bergelar isteri kepada Ridzuan Razak. Moga perkahwinan kalian kekal hingga ke akhir hayat.. aamin...

My anak-anak dara dan cousin diaorang tumpang pelamin raja sehari :)

Setelah selesai makan-makan beramah mesra dengan sedara mara, kami pun gerak ke Penang dalam kul 5 petang gak dah.. Wee.. lalu jambatan Pulau Pinang.. first time lalu dulu masa tingkatan 4. Now aku dah sweet 35 dah kkikiki..

 
Semasa di Penang kami menginap di Corpthorne Orchid Hotel Tanjung Bungah. Bukan tau pun jalan nak ke hotel ni, sib baik ada Google Maps yang banyak membantu sepanjang kami disana. Alhamdulillah check in dalam kul 6.30petang. Process check in very smooth..

 Bebudak ni punyalah suka.. siap menari-nari lagi kat lobby hotel sambil tunggu abah gi parking keta. 

 Malam tu kami kuar dinner ngan abang aku yang dok Penang tu. Dia mai nak amik anak dia, yang no. dua dari kiri tu.. sedap gak pekena ikan bakar kat area Seagate tu.. 

View pagi Ahad dari balkoni bilik. Kalau la boleh dok umah camni, bangun pagi nampak laut jer.. sure hilang semua stress.. aku dan laut tak dapat dipisahkan.. huhuhu..

Pagi tu kami tak kemana-mana. Lepas breakfast kat hotel, anak-anak dah mengelinjang nak mandi kolam. Nak dijadikan citer, kakak ipar aku pun menginap di hotel yang sama.. unplanned. So, bebudak ni mandi kolam berjimba sakan ngan cousin diaorang.. anak-anak happy, ibu abah pun happy juga 

 Dah tukar attire.. tak sabar dah tu nak berendam


 With their cousin, kak elena

 Ammar takut-takut lagi masa ni..

 Stunning view from pool

 my two little mermaids

 ok hero kecik tu dah berani dah.. sampai tak nak naik la pulak..

 best depa berendam no..

 Hero termenung nampak..nak gi beach pulak..







Okay..semua dah berkilat baru naik bilik mandi dan rehat. Lepas zohor kami kuar gi jalan-jalan kat town pulak. Plan nak naik Bukit Bendera. Sekali sampai orang beratur nak beli tiket tren jer dah panjang berjela-jela.. tak jadi lah. Gi Art Street.. omak aiii sesak gilerr.. jemm memeningkan kepala. Last terus ke Padang Kota.. pekena mee udang, kuew teow kerang.. dan kerang bakar plus ABC mangga. Kenyang perut, lepak kt tepi laut Padang Kota tu sambil tengok budak-budak main belon. 

 Husband cek mmg muka serius all the time.. 

 One and only son.. cinta hati ibu..


 Kapal persiaran dah berlabuh.. tetiba cam ada bangunan pulak kt situ.. bila la boleh bersiar-siar ngan kapal tu kan.. meredah samudera luas.

 Angin kuat kat sini.. dah tak sepoi-sepoi bahasa lagi. hahah..




 Si dia ni merajuk coz tak dapat main belon.. tapi mood terus berubah baik lepas dapat ais krim.. amacam senang tak ibu pujuk kekekek..


Okay-okay.. dah.. jom kita balik bilik. Malam tu kami tak kemana2. Dinner order Dominos jer.. deliver ke hotel.. Esoknya dah nak balik..malas tullll

 Pagi isnin.. gi breakfast kat hotel.. then bagi anak-anak main jap kt playground dalam hotel tu.. 



Permandangan dari ironing room.. sedihnya nak balik Klang dah.. uhuhu...

 Siap-siap.. amik gambar dulu.. then dalam kul 11.30 kami check out.. bye Corpthorne...




Balik, kami ikut Jambatan Kedua.. adalah dua tiga keta jer yang lalu jambatan tu.. seriau aku lalu jambatan ni.. panjang dan sunyi.. 



Singgah ke Kuala Sepetang dulu, lunch Mee Udang Mak Jah.. sedap giler udang dia.. fresh oiii..besar pulak tu. 


Gerak dari Kuala Sepetang pukul 2.00.. meredah jemm di highway.. alhamdulillah.. sampai umah kul 11.30 malam. Penat weih hadap jem. Berakhirlah percutian singkat kami.. InsyaAllah ada rezeki, kita gi tempat lain pulak.. :)

No comments:

Post a Comment

Feel free to drop your comment k.. tq =)